salam

Isnin, Februari 14, 2011

AICA Washington : Sokong Rahimi, Kami Sedia Kemukakan Bukti

AIDCNews – 14/02/11 – Pendedahan Rahimi Osman berkenaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pejabat di Washington DC, yang dinamakan Anwar Ibrahim Colsultating Associate atau AICA amat menarik. Klik di sini
Dalam pendedahan itu, Rahimi yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya memberitahu bahawa Anwar telah membelanjakan kira-kira 2 juta US Dolar sepanjang dua tahun untuk kos operasi AICA, di Washington, dengan 5 orang pekerja Turki dan Pakistan yang menerima gaji 5 angka US Dollar setiap bulan.
“Mana Anwar Ibrahim dapat duit sebanyak ini ? Bagaimana Anwar boleh kutip duit dalam ceramah dan mengatakan parti tiada wang sedangkan beliau boleh biaya pejabat itu sehingga berjuta-juta dolar,” soal Rahimi.

“Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.
”Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.
“Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,” katanya kepada Utusan Malaysia 12 Februari lalu. Klik di sini
Kajian 6 Bulan – Penemuan Luar Biasa
Kami di AIDC amat mengalu-alukan pendedahan bekas Setiausaha Sulit Anwar itu. Kami menyokong penuh dan bersedia menyediakan bukti-bukti yang berkaitan jika diperlukan.
“Kami juga ada bukti sokongan, berupa dokumen-dokumen dan surat menyurat dan kami mengesahkan pembongkaran Rahimi adalah benar”, demikian kesimpulan kami di AIDC ketika mendengar pendedahan Rahimi di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam baru-baru ini.
Perkara ini telah menjadi perhatian kami sejak Julai tahun lepas. Kami telah membincangkan perkara ini di kalangan team kami di egroup AIDC.
“Saya ingin bertanya rakan-rakan di sini, apakah itu Anwar Ibrahim Consulting LLC ? Pengkalannya di Washington, Dubai dan Kuala Lumpur”, soal adic editor di egroup. Klik di sini
Ketika perbincangan di egroup, salah seorang team kami, norman telah memberi respon kemungkinan Anwar mempunyai dwi-citizen
“Antara kemungkinan Anwar sudahpun diberikan Green Card oleh pemerintah AS atau seumpamanya atau mungkin juga kerakyatan atau mungkin dasar liberal AS mengizinkan sesiapa sahaja membuka syarikat atau perniagaan di negara itu. Ini kena check.
Jika terbukti benar Anwar ada Green Card AS atau kerakyatan negara itu, adakah perlembagaan Malaysia membenarkan ‘dual citizenship’ kepada rakyatnya?, kata norman. Klik di sini
Kami turut membahas lanjut, jika Anwar membuka Consulting, di Washington, kepakarannya dalam bidang apa ?
“Melihat pada latar belakang akademik dan profesional Anwar, susah untuk pastikan bidang profesional apa yang dimilikinya. Kalau setakat jadi bekas TPM dan Menteri Kewangan Malaysia (kedua-duanya semacam bermasalah), susah untuk kita memahami mengapa beliau dipilih atau ditugaskan dengan pelbagai jawatan penting, kecuali atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh tauke-tauke yang mengambilnya bertugas dengan mereka”, kata team kami lagi.
Sejak dari perbincangan pertama, kami mengambil keputusan untuk tidak membincangkan secara terbuka di egroup, sebaliknya menugaskan satu pasukan menyiapkan satu laporan lengkap berkenaan dengan isu tersebut.
Pasukan khas yang ditubuhkan meembuat kajian, hampir enam bulan dengan menggunakan pelbagai rujukan yang boleh dipercayai. Penemuannya sangat luar biasa.
“Kami temui dokumen-dokumen, surat-surat rahsia yang belum pernah disiarkan di mana-mana blog, termasuk laman ini.
“Kami masih memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk mendedahkan maklumat ini. Sangat bernilai. Anda pasti terkejut apabila melihat bukti-bukti ini.
“Kami juga telah mengetahui rahsia Anwar memanipulasi kemenangan dalam PRU 12. Bukti-bukti foto dan nama tokoh-tokoh juga telah kami temui.
“Secara umum pencarian kami mengenai Anwar Ibrahim Consulting LLC hampir sama dengan didedahkan oleh Rahimi berkenaan Anwar Ibrahim Colsultating Associate.
“Justeru itu, apabila bekas Setiausaha Sulit membangkitkan perkara sama, ini mengukuhkan lagi hujah kami. Kami bersedia bersemuka dengan Rahimi untuk bertukar-tukar maklumat”, itu janji kami di AIDC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS