salam

Khamis, Disember 30, 2010

PANAS! PEMILIHAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI YANG BIJAK!?

Sejak pengumuman pertukaran atau rombakan beberapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri tadi, maka sudah mula la beberapa cerita yang agak luarbiasa, seperti khabarnya Shahidan Kasim tidak senang dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Perlis, klik sini

Ada juga yang berharap sangat yang pengerusi perhubungan negeri di Selangor juga berubah, tetapi tidak ada apa-apa perubahan pun. Begitu juga dengan Penegrusi perhubungan di Kedah, ramai yang meminta supaya Mukhriz dilantik tetapi Ahmad Bashah yang menjadi pilihan Presiden UMNO. Klik sini

Apa pun, keputusan telah dibuat dan pada pandangan aku DS Najib sudah ambil kira semuanya. Jadi aku rasa lebih baik hentikan semua jenis lobi dan tumpukan pada kerja, ingat jawatan datang dengan tanggungjawab sekali, apalagi buat kerja la, mau menang PRU 13 ke tak nak ni?


Aku pulak rasa, apa salahnya mencuba dengan pemilihan baru ni, kalau depa tak buat kerja kita balun depa semua! Tahniah la aku ucapkan kepada semua yang dilantik. DS Najib kali ini mengatur muka baru bersama dengan muka lama di negeri yang BN sudah hilang kuasa. Perlantikan Ahmad Said juga adalah sesuatu yang baru dan berani sebenarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS