salam

Isnin, Januari 10, 2011

PANAS!!!! AIDIL FITRI TERAKHIR?


Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya.
Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu.

Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus.
Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.
Saya akan lengkapkan data-data itu untuk posting selepas Aidl Fitri.
Tetapi sementara itu kita harus bertanya pada diri kita, usaha kita mengagungkan Pimpinan Bukan Islam masuk ke ruang-ruang sembahyang surau kita itu untuk apa. Adakah untuk mengagungkan Islam atau untuk membuka pintu hati orang-orang Melayu di saf-saf sholat supaya membuka mata mereka dan membuka hati mereka menerima pimpinan DAP dan pimpinan Bukan Islam PKR. Menerima politik DAP?
Adakah DAP dan PKR membuka ruang kepada ulama-ulama kita untuk masuk ke ruang-ruang ibadat mereka supaya pemilih-pemilih mereka terbuka mata dan hati untuk menerima Islam?
Apakah kita bangga dengan usaha mendoakan supaya Lim Guan Eng dibuka hati untuk menerima hidayah dan seruan Islam atau mungkinkah itu hanya satu agenda politik supaya kita merasa tenang dan aman dengan pemerintahan Lim Guan Eng.
Cuba bayangkan senario sebaliknya, bila di Gereja-Gereja, di Kuil-Kuil dan di Tokong-Tokong mendoakan pula supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibuka hati dan diberi hidayah supaya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian, Buddha atau Hindu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Membaca penulisan kickdefella, beserta dengan komen yang diberikan oleh pembaca lain, memperlihatkan keadaan masyarakat Melayu sekarang. Ada yang sedar akan keadaan bangsa yang semakin kerdil di bumi sendiri, ada yang berterusan berasa megah dan  bongkak dengan perbezaan yang ada, berterusan memegang fahaman politik masing-masing. Ada juga yang memberi amaran berbahaya untuk mengelak Malaysia jatuh ke tangan bangsa lain.
Di manakah Melayu? Apa yang sudah jadi dengan Melayu? Mengapa terlalu drastik perubahan yang berlaku ke atas bangsa Melayu?
Pemimpin yang ada sekarang, dilihat seperti tidak peduli apa yang akan berlaku kepada negara dan bangsa, menjelang PRU13. Adakah mereka benar-benar tidak peduli, apa akan jadi kepada bangsa kita? Adakah mereka sudah cukup senang, cukup kaya? Jika berlaku apa-apa yang tidak sesuai kepada mereka, mungkin mereka boleh berpindah ke negara lain. Tapi, saya akan tetap berada di sini, tidak mempunyai peluang dan pilihan untuk berada di tempat lain, jika ada sebarang masalah yang berlaku di dalam negara kelak.
Kepada siapa lagi hendak diadukan perkara sebegini?
petikan diambil dari blog milik kickdefella:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS