salam

Isnin, Januari 10, 2011

MESTI BACA : KARPAL SINGH 'TIME BOMB' KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !


Tambahan : PETALING JAYA: Wangsa Maju MP Wee Choo Keong has called on DAP chairman Karpal Singh to offer himself as a witness in the sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Wee said Karpal, who is Bukit Gelugor MP, should do this as he was a credible “character witness” for Anwar.
Isu Karpal Singh bertambah panas apabila lebih ramai lagi peguam menyatakan pendirian mereka tentang kesahihan Karpal Singh menjadi peguambela utama Anwar Ibrahim.



Pokoknya, status Karpal Singh boleh diragukan di dalam bilik mahkamah sama seperti modus operandipasukan peguambela yang mempersoalkan status Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.



Pada 8 Februari 2010, Anwar telah mengemukakan permohonan agar Hakim Mahkamah Tinggi tersebut menarik diri atas dakwaan berat sebelah kerana kononnya tidak mengambil tindakan menghina mahkamah dan memberi amaran kepada suratkhabar Melayu Utusan Malaysia tentang laporan serta gambar yang tersiar di akhbar itu.



Bagaimana pun permohonan tersebut ditolak kerana tidak berasas.



Pada 24 November 2010, Anwar Ibrahim sekali mempersoalkan status Hakim Mohamad Zabidin dengan membuat permohonan agar Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu setelah mendakwa hakim tersebut tidak mematuhi prinsip keputusan Mahkamah Agung pada 1993.



Bagaimana pun, permohonan beliau ditolak sekali lagi.



Penulis pernah mempersoalkan isu status Karpal Singh itu bulan lepas. YB Khalid Noordin dan YB Zahrain juga pernah mempersoalkannya. Sekarang yang terbaru ialah supaya Karpal Singh di sepina?


Sepina? Apa maksudnya tu?

Sepina atau pun sapina adalah dari perkataan Inggeris iaitu subpoena. Ianya bermaksud dokumen formal yang memerintahkan seseorang individu untuk muncul di depan badan perhakiman untuk memberi keterangan sebagai saksi.

A process to cause a witness to appear and give testimony, commanding him to lay aside all pretences and excuses, and appear before a court or magistrate therein named, at a time therein mentioned, to testify for the party named, under a penalty therein mentioned.

Mahkamah atau pun badan perundangan dan kehakiman boleh menggunakan surat perintah mahkamah untuk memaksa individu untuk muncul sebelum pada waktu tertentu untuk memberikan kesaksian. 

Seorang individu yang menerima surat perintah mahkamah tetapi gagal untuk muncul mungkin akan dijatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah (contempt of court) dan dikenakan hukuman sivil atau jenayah. 

Sehingga saat ini, Karpal Singh belum lagi memberi keterangan beliau mengenai isu sepina (subpoena) ini. Besar kemungkinan beliau belum lagi ditanya oleh para wartawan. Jika ditanya pun, beliau mungkin marah atau menyindir balik atau melenting dan berkata "who are they to accuse me?"
Dalam masa yang sama, isu sepina tersebut boleh dijadikan satu lagi penyebab untuk Anwar Ibrahim melengah-lengahkan kes liwat beliau, itu pun jika pasukan peguambela beliau sudah amat terdesak dan sudah tiada lagi alasan.


Tetapi, jika sepina benar-benar berlaku, kes liwat Anwar Ibrahim menjadi lebih menarik apabila Pengerusi DAP itu akan melondehkan bukti-bukti yang beliau mungkin simpan selama ini di dalam mahkamah!

Pengerusi DAP vs Ketua Umum PKR di dalam mahkamah? Sungguh sensasi dan terhebat, bakal mengalahkan kesensasian kes fellatio Bill Clinton dan Monica Lewinsky 1998!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS