Pasukan guaman Anwar – kalau bab menggantung perjalanan mahkamah memang nombor 1. Macam-macam alasan boleh diberi. Kadang-kadang ada tu yang tak logik. Tapi janji boleh pakai – semua disembahkan kepada mahkamah – ironinya, diterima pula tu!
Semalam, Anwar memberi alasan bahawa rumah pakar DNA Australia yang di BAYAR Anwar untuk membantunya dalam prosiding mahkamah dilanda banjir. Bila YA Hakim tanya dia tinggal di bahagian mana di Australia; peguam Anwar hanya cakap ‘ Australia’. Bukannya seluruh Australia yang banjir. Queensland. Gold Coast adalah banjir sedikit. Dan kita tahu, pakar DNA bertaraf dunia yang dibayar oleh Al Gore Foundation tersebut bukannya tinggal di rumah kecil. Dia tinggal di sebuah kondo mewah. Apa kena mengena dengan banjir.
Inilah perangai Anwar yang memualkan. Sikit-sikit cari alasan nak tangguh. Rakyat makin bosan. Rakyat anggap mahkamah dah jadi macam medan ‘ejek-ejek’ oleh peguam Anwar. Tak ada yang berani membantah perangai busuk peguam Anwar ini.
Adakah logik, hanya kerana ada banjir sedikit di Queensland, terus sebabkan kes liwat tangguh. Apakah ini mahkamah yang sebenar – atau sengaja bergurau dengan alasan-alasan bodoh pihak Anwar ini? Apakah kita tak tahu bahawa mereka tergelak besar apabila dapat penangguhan dengan alasan-alasan yang sebodoh itu?
Sudahnya, Hari Valentine dijadikan ‘pertemuan semula kekasih lama’, Anwar dan Saiful. Mereka akan berjumpa semula di mahkamah dengan harapan agar semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. Betul, kita tak mahu Anwar dijadikan sebagai kambing hitam – dan dianiaya. Tapi, bagaimana pula dengan Saiful?
Anwar WAJIB berani tampil ke hadapan 14 Februari ini; dan jangan beri alasan bodoh yang lain. Flight pakar DNA terkandas. Kucing Pakar DNA bersalin. Pakar DNA sakit perut dan sebagainya. Come on lah Anwar; janganlah jadi bacul. Berani ‘sodok’; berani ‘tanggung’ lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan