salam

Khamis, Januari 20, 2011

RUMAH DISERBU - KU LI DITAHAN REMAN POLIS??

Berita mengenai serbuan Pegawai Penyiasat IPD Kota Bharu ke rumah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengejutkan Melayu CinDia dan beberapa rakan yang lain. Melayu CinDia berkesempatan hadir di kediaman beliau di Kuala Lumpur bagi memastikan tujuan sebenar kehadiran polis ke rumah beliau. Adakah Ku Li akan ditahan reman atas dakwaan beliau membantah perlantikan Sultan Kelantan baru2 ini?
Ternyata andaian Melayu CinDia silap. Akan tetapi memang benar kehadiran Pegawai Penyiasat IPD ke rumah Ku Li bagi menyoalsiasat kenyataan beliau kononnya membantah perlantikan Sultan Kelantan melalui laporan sebuah akhbar Cina. Ku Li dengan tegas menafikan sekeras2 nya dakwaan akhbar tersebut. Polis mendakwa terdapat beberapa individu dari Kelantan telah membuat laporan tersebut agar beliau didakwa ke muka pengadilan.

Sidang akhbar yang berlangsung selepas soalsiasatan tersebut juga telah membuktikan bahawa Ku Li tidak sesekali gentar dan menjelaskan perkara yang sebenar. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Kerajaan Negeri Kelantan diberitahu akan perlantikan tersebut secara tergesa2 dan langsung tidak dijemput secara rasmi untuk hadir ke Majlis Permasyhuran Sultan Kelatan.

Ku Li juga mendakwa terdapat beberapa pindaan Perlembagaan Negeri yang dibuat dan beliau langsung tidak dipanggil bagi membincangkan isu pindaan tersebut walaupun berjawatan Timbalan Presiden Majlis Kerajaan Negeri.

Akan tetapi, beliau tidak sesekali membantah perlantikan tersebut jika benar ianya telah dipersetujui oleh semua pihak . Beliau tidak sesekali akan mencabul maruah keluarga beliau (kerabat di Raja Sultan Kelantan) yang merupakan darah daging beliau walaupun telah ditarik semula kesemua pingatnya oleh Majlis Raja Negeri.

Apabila disoal mengenai kesihatan Tuanku Ismail Petra beliau mendakwa Tuanku semakin sihat dan boleh bertutur dengan baik, dapat melihat dan mendengar dengan jelas. Alhamdulillah. Turut hadir memberi sokongan termasuklah Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS