Peringatan daripada Menteri Kesihatan tentang penyakit mental…
Pesakit Mental Meningkat 15.6 Peratus Tahun Lalu - Menteri KesihatanPUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.
"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009," kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Selasa. Baca lagi…
Berikut adalah contoh ringkas sebagai garis panduan untuk mengenali mereka yang mempunyai sign and sintom penyakit mental..
- Berkhayal mengaku diri bakal Perdana Menteri dan Ketua Menteri masa depan.
- Menghebohkan kepada dunia mendapat mandat rakyat tetapi mendapat tentangan ahli parti sendiri di peringkat akar umbi.
- Memperjuangkan keadilan pada ketika parti sendiri koyak rabak dengan masalah kepimpinan.
- Meyakinkan rakyat mereka dapat menyelesaikan masalah banjir besar di Bandar Sibu dengan menggali sungai Rajang (sungai paling besar dan terpanjang di Sarawak) dengan peruntukan bajet cuma RM2 Juta sahaja.
- Mendapat wahyu Allah untuk mengampunkan dosa ZINA.
- Jatuh terhempas dari bangunan tingkat 14 tapi masih hidup dan mengganggu semua pilihanraya kecil negeri.
Kita juga harus berwaspada agar tidak terikut-ikut dan terpengaruh oleh seorang lagi Boneka parti yang paling hebat dalam bab di atas...
Kehebatannya seperti Tuhan mengatasi kehebatan seorang pemimpin yang boleh menjanjikan Syurga serta menampuni dosa Zina dan kehebatan seorang lagi yang mampu mengurangkan harga minyak pada paras serendah 20 tahun yang lalu.
Orang itu adalah Baru Bian yang berjanji nak pulangkan hutan, tanah, mungkin juga langit, udara dan oksigen kepada rakyat di Sarawak agar memilihnya sebagai Cheap Minister. Akibatnya, segelintir Dayak pro-pembangkang 'bertempik menyalak bukit' di blog masing-masing kerana sangat percayakan janji tersebut.....
Pakatan Rakyat adalah penyumbang terbesar gejala penyakit mental di negara kita. Sewajarnya kerajaan BN membantu mereka ini daripada berkelakuan seperti kanak-kanak yang terbantut perkembangang otak masing-masing seperti di bawah…
Dalam sejarah politik negara, belum pernah ada wakil rakyat
BN yang berperangai seperti ini. Beginikah sifat pemimpin?
Awasi manusia seperti ini, jauhi mereka sebelum terlambat. Kasihanilah diri, jangan terjebak oleh perangkap dan tipu daya golongan pesakit mental.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan