salam

Khamis, Disember 23, 2010

Ustaz Kazim Berhujah Mengenai Ketuanan Melayu


Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang.

Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu', yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS