Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata "Larangan dibawah seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dikuatkuasa oleh MPSJ sejak Januari 2010 wajar diikuti PBT lain seluruh Selangor kerana arahan Allah bukan untuk satu daerah atau negeri sahaja bahkan satu dunia. Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan 'orang agama' dan bukan faham agama". Ketika meningkah halangan pimpinan negeri yang menyekat perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ berjalan sekarang." Benarkah kenyataan beliau ini telah menyebabkan Khalid Gagap berang dengan Mufti Selangor ini ?? Blog MATA ANGIN ada jawapannya..
CATATAN PINGGIRDalam sistem Negara Malaysia, perlembagaan menstrukturkan tiga bentuk kerajaan yang mentadbir rakyat supaya tersusun hingga keakar umbi iaitu kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri dan kerajaan Tempatan (PBT). Perlembagaan memberi kuasa kepada ketiga-tiga jenis kerajaan tersebut. Bagaimanapun kuasa Persekutuan lebih dominan.
Kerajaan Tempatan (PBT) berfungsi merancang pelan induk pembangunan dalam lingkungan sebuah daerah atau wilayah yang sempadannya didefinisikan. Ia lebih kepada pembangunan dan perkhidmatan sektor Bandar.
Menyebut soal Bandar ia bukan sahaja menumpu kepada pembangunan fisikal tetapi keutamaannya membangunkan manusia itu sendiri. Dimana sudut dunia pembangunan direncana adalah unutk membangunkan manusia. Ibnu Khaldun berkata "tamadun manusia bermula dari kota" sebagaimana yang disebutnya sebagai 'hadhari' atau al Madinah.
Bagi umat Islam apa yang dikatakan pembangunan?. Pembangunan adalah meningkatkan harga diri dan menjalankan kehidupan dalam lingkungan restu Allah swt.
Apakah seseorang muslim itu meningkat harga dirinya jika hidup bersumberkan arak, judi, bahala dan bertenung nasib ?. Hukum Allah mengatakan 'Tidak'. Nah dengan itu penguasa dalam keadaan mampu bertanggung jawab membersihkan perkara 'tidak' itu. Apakah negeri Selangor yang sudah maju dengan berbagai jalan mencari rezeki itu, peluang tidak terbuka kepada pencarian rezeki halal yang bersepah ruah? .
Mengapa pula seksyen 18(2) itu termasuk dalam Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 ?. Ini Allah swt telah menetapkan bahawa aktiviti arak itu adalah satu jenayah. Sesiapa yang terlibat dalam sector itu adalah penyumbang kepada jenayah.
Aduh.. jika hal jenayah mengapa pula ada pihak berkuasa mempertahankan itu bukan jenayah?. Berani menafikan hukum Allah. Siapa mereka yang menyekat perjalanan hukum Allah dalam suasana negeri mampu melaksanakannya?.
Soal hukum, jika mampu melaksanakannya umat islam tidak perlu menagih penghormatan. Bila hukum berjalan nanti semua akan faham dan semua akan hormat. Jika bertelagah sebelum dilaksanakan, apa akan terjadi?. Yang pasti hilang kehormatan. Jika seseorang yang tidak yakin kepada kebenaran adakah mereka perlu dihormati?. Nah.. kalau sudah mula menapak, ayuh melangkah terus. Allah akan memberikan cahaya.
Menteri besar, Exco beragama Islam mana yang menghalang?. Ia harus didedahkan. Kami akan titik lumat. Ini hukum Allah. Kerja menitik penentang pun adalah jihad. Ini hukum Allah mengapa kecut perut kepada kafir ?. Jatuh mempertahankan hukum Allah ada ganjaran Allah gantikan. Jika jatuh mempertahankan kekafiran sudah tentu kehinaan dan jawablah sendiri dengan Allah.
Tahniah MPSJ dan Datuk Mufti Selangor. Cili kasi tarok !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan