Patut sangatlah MIC begitu aktif dalam kemelut ungkapan PARIAH. Patut jugalah para pemimpin MIC beria-ia cuba menonjolkan diri seolah-olah mereka sedang membela kaum India di Malaysia yang tidak pernah pun dihina dan dihambat balik ke India oleh orang Melayu dari mula generasi pertama mereka sampai ke negara ini sehinggalah generasi keempat dan kelima sekarang.
Rupa-rupanya ada UDANG DI SEBALIK BATU. Perangai KELING KAPAL KARAM yang ditunjukkan rupa-rupanya tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk memastikan masyarakat India tidak meludah dan mengkahakkan MIC kerana mengkhianati kaum yang masih berada dalam kepompong kemiskinan di negara ini.
Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) bersama-sama tujuh orang pemegang amanah telah disaman RM100 juta kerana melakukan penyelewengan sehingga mengakibatkan kerugian kepada institut tersebut. Kes saman itu akan didengar pada 24 April ini.
Pengerusi MIED adalah SAMMY VELLU, bapa kepada Vell Paari yang hendak menyaman Kementerian Pelajaran sekiranya NOVEL INTERLOK tidak diharamkan! Tujuh orang pemegang amanah itu pula adalah pemimpin tertinggi MIC termasuklah Presiden MIC sekarang, G.Palanivel.
MIED adalah syarikat milik penuh MIC yang beroperasi dengan menggunakan GERAN KERAJAAN dan DERMA AWAM. Ada banyak perkara yang dibangkitkan tentang penyelewengan di dalam MIED termasuklah pencabulan undang-undang bagi perlantikan tujuh orang pemegang amanah yang telah berusia melebihi 70 tahun. (BACA DI SINI)
Sebelum ini, kepimpinan MIC di bawah Sammy Vellu turut dipersoalkan tentang penyelewengan dalam MAIKA HOLDINGS yang kemudiannya mewujudkan pelbagai fraksi di dalam MIC dan desakan agar Sammy Vellu melepaskan jawatan.
Bertitik tolak dari situlah, MIC khususnya Vell Paari cuba mencari satu isu yang boleh membangkitkan emosi masyarakat India sekaligus mengalihkan perhatian mereka daripada saman RM100 juta dalam kes penyelewengan MIED.... dan kebetulan, satu isu yang boleh diketengahkan adalah PERKATAAN PARIAH di dalam NOVEL INTERLOK. Apatah lagi masyarakat India yang tertekan dengan kemiskinan, mudah benar beremosi dan dialihkan perhatian.
PARIAH merupakan perkataan yang sangat sensitif di kalangan masyarakat India negara ini kerana kebanyakan daripada datuk nenek mereka yang merupakan generasi pertama berhijrah ke negara ini, adalah dari kalangan tersebut ketika di India.
Author: CUCU TOK WAN
Author: CUCU TOK WAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan