Dari setahun ke setahun, rakyat Malaysia terutama sekali masyarakat pengguna seringkali dihidangkan dengan kuasa sebenar orang tengah dalam menentukan harga sesuatu barangan. Kerajaan yang takut kehilangan undi popular, sekalipun golongan penghisap darah itu besar kemungkinan tidak pernah pun mengundi atau mendaftar undi, akhirnya akur dengan kehendak mereka.
Gula, tepung, susu tepung bayi, beras dan sekarang minyak masak, semuanya berada dalam tangan orang tengah. Tahun lepas, gula menjadi bekalan yang sangat sukar diperolehi sehinggalah kerajaan memutuskan untuk menuruti kehendak para pemborong itu. Sebaik-baik sahaja kerajaan menaikkan harga gula, maka berlambak-lambaklah gula di pasaran.
Penghujung 2010, masyarakat pengguna di seluruh Malaysia berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan kelapa. Walaupun wujudnya santan segera di dalam kotak atau dalam bentuk serbuk, namun tanpa kelapa mentah, santan segera itu juga tidak boleh dibuat dan dipasarkan. Dan kelapa yang diperolehi berharga lebih empat kali ganda berbanding harga awal tahun 2000.
Awal 2011, masyarakat pengguna diancam dengan ketiadaan minyak masak di pasaran. Puncanya, golongan pencekik darah yang menjadi orang tengah menjalankan dasar menyimpan stok dan memaksa berlakunya permintaan berlebihan bagi meningkatkan harga minyak masak. Dan dalam keadaan sekarang, kerajaan tetap tidak berbuat apa-apa, meskipun Malaysia adalah negara tropika yang mana, bekalan kelapa tidak sepatutnya berkurangan, manakala pada masa yang sama juga, Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia yang sepatutnya bekalan dalam negara tidak berkurangan dan harganya tidak meningkat.
Ismail Sabri Yaakob adalah Menteri KPDNKK. Ini menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pengguna dan melindungi mereka daripada kejahatan orang tengah dan pengeluar yang menggunakan taktik mengurangkan bekalan di pasaran dalam usaha mewujudkan pembelian panik dan permintaan berlebihan.
Setakat ini, apa yang dilakukan oleh kementerian terbabit, hanyalah mengikut dan mengangguk dengan kehendak orang tengah serta pengeluar. Ismail Sabri Yaakob akan mencari apa juga alasan untuk membela golongan tersebut. Yang terkena dan perlu menanggung KECUT TELURNYA adalah rakyat biasa.
Secara logik, mana mungkin bekalan minyak masak di Malaysia boleh berkurangan. Ladang kelapa sawit FELDA di seluruh negara sahaja sudah cukup untuk membekalkan minyak masak untuk para pengguna di negara ini. Tidak termasuk lagi ladang-ladang kelapa sawit yang bukan milik FELDA. Pendek kata, walau apa cara sekalipun, minyak masak di Malaysia tidak harus berkurangan.
Namun yang mustahil itulah, menjadi tidak mustahil kesan daripada dasar pasaran bebas dan terbuka yang diamalkan oleh kementerian terbabit. Kononnya dengan melakukan perlindungan kepada para pembekal dan pengeluar, pasak ekonomi akan lebih terjamin. Sedangkan yang menjadi kekuatan ekonomi bukanlah pengeluaran, sebaliknya aliran tunai hasil daripada permintaan dan ianya dilakukan oleh rakyat biasa, bukannya daripada golongan pembekal dan pengeluar.
Seharusnya, KPDNKK menggunakan pendekatan yang lebih berkesan untuk mengawal harga barangan. Jangan kerana terlalu takut dengan ugutan para pembekal, nasib minyak masak akan juga sama seperti RON 95 yang turut dinaikkan sebanyak 5 sen kononnya untuk menyerap kos serta tukaran wang, walaupun pada masa yang sama, RON 97 telah diapungkan dan lebihan daripada apungan berkenaan boleh menampung subsidi untuk RON 95.
Dari dahulu sehingga kini, satu persoalan yang tidak pernah dijawab oleh kerajaan ialah mengapa kerajaan TERLALU TAKUT DENGAN PEMBEKAL DAN PENGELUAR, walhal pasaran ditentukan oleh permintaan dan apabila adanya permintaan, pasaran secara terbuka akan membolehkan minyak masak dari luar masuk dan pada masa yang sama, mengurangkan permintaan berlebihan kepada minyak masak tempatan?
Rugi sangatkah kerajaan dengan perolehan daripada cukai dan eksais yang dikenakan?
Malang sungguh kalau kerajaan terus-terusan TAKUT dan TUNDUK KEPADA DESAKAN dan UGUTAN kaum pembekal dan pengeluar, padahal undi yang mereka perlukan adalah daripada rakyat biasa yang menjadi pembeli dan pengguna!!!
Author: CUCU TOK WAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan