salam

Ahad, Januari 02, 2011

ADUUHHHH!!!! GAY / LESBIAN LAGI POWER DARI JAKIM!!!

Di sebalik segala macam polemik, amaran dan bayangan tindakan, rupa-rupanya JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas GAY / LESBIAN serta aktiviti mereka di negara ini. Undang-undang sedia ada termasuklah hukuman syariah rupa-rupanya tidak mampu digunakan untuk menentang kumpulan yang semakin mendapat tempat dan simpati dunia ini.


Itu yang diakui sendiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz apabila memperkatakan tentang PENGAKUAN seorang gay yang videonya di YOUTUBE kini telah ditarik semula. JAKIM hanya mampu melakukan langkah-langkah pencegahan dalam hal tersebut dengan bantuan SKMM.



Maka tidak hairanlah mengapa kumpulan berkenaan atau orang yang terlibat dalam aktiviti yang menjijikkan itu begitu berani tampil untuk membuat pengakuan bagi membolehkan kehadiran mereka dalam masyarakat, 'diterima'. Malah kerana faktor itu jugalah, si pelakunya sangat ranggi dan mampu mencabar undang-undang negara menerusi siri penangguhan demi penangguhan perbicaraan yang melibatkan tuduhan liwat.

Undang-undang syariah di Malaysia tidak 'cukup' untuk menghukum si pelaku gay biarpun PENGAKUAN merupakan antara perkara yang membolehkan hukuman dijatuhkan. Undang-undang syariah Malaysia sekadar mengenakan denda tidak melebihi RM3000 kepada si pelaku seks songsang atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Hukuman ini SETARAF dengan persetubuhan luar tabi'i sama ada lelaki bersetubuh dengan lelaki, wanita dengan wanita atau dengan haiwan!


Hudud Islam pula sangat jelas iaitu si pelaku dihukum mati walaupun menggunakan uslub yang berbeza!


Pensabitan jenayah hudud dapat dibuktikan dengan empat perkara iaitu:

(1) Penyaksian

(2) Pengakuan

(3) Qarinah
(4) Maklumat hakim



Manakala pensabitan bagi jenayah Qisas pula terbahagi kepada 4 perkara iaitu:

(1) Pengakuan

(2) Penyaksian

(3) Qasamah
(4) Qarinah



Dan JAKIM yang 'mahir' dalam perundangan Islam, tiba-tiba sahaja berkata mereka tidak ada 'kuasa' untuk mendakwa si gay / lesbian yang muncul dalam YOUTUBE itu? Sebaliknya hanya mampu untuk menghapuskan video berkenaan supaya membolehkan alasan 'langkah-langkah pencegahan' diberikan?


Hebat betul GAY / LESBIAN di Malaysia sampai mereka boleh mempermain-mainkan JAKIM dan legislatif Malaysia khususnya!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS