KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa supaya mendesak Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab segala dakwaan termasuk yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang 'putar alam' dan 'pelacur politik'.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, dakwaan itu penting untuk dijawab memandangkan ia pertuduhan serius dilemparkan bekas pimpinan kanan parti itu sendiri iaitu Datuk S. Nallakaruppan.
Tegasnya, sekiranya Wan Azizah gagal menjawab segala dakwaan itu, rakyat akan melihat sifat-sifat yang ditimbulkan Nallakaruppan mengenai Anwar tersebut adalah berasas dan mempunyai kebenaran.
"Wan Azizah perlu menjawab kesemua ini kerana rakyat Malaysia memerlukan seorang Ketua Pembangkang di Parlimen (yang kini disandang Anwar) yang lurus dan bertanggungjawab, bukan 'putar alam' atau 'pelacur politik'.
"Justeru saya berharap (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution Ismail dan (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar dapat mendesak Wan Azizah menjawab segala tohmahan itu supaya perjuangan politik PKR menjadi lebih telus dan kredibel," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.Baru-baru ini, Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) menyatakan Anwar sebagai seorang individu 'putar alam' yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi akhirnya menjadi 'pelacur politik'.
Utusan Malaysia
Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan