salam

Selasa, Disember 07, 2010

PANAS BERAPI! KU LI KATA KELANTAN ADA DUA SULTAN!?


TENGKU Razaleigh Hamzah menambah tekanan kepada Sultan Muhammad V yang baru ditabalkan, dengan mengatakan kini seolah-olah Kelantan mempunyai dua pemerintah, dan menggesa campur tangan kerajaan pusat dalam konflik tersebut.

Malaysian Insider dalam laporannya menyebut, putera Kelantan itu turut memberi amaran bahawa situasi di negeri itu agak kritikal apabila pertikaian sama mengenai takhta juga boleh berlaku di kalangan kerabat diraja di negeri lain.

"Begitulah nampaknya," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu apabila disoal sama ada Kelantan mempunyai dua pemerintah, pada sidang akhbar di sini, Isnin. "Rakyat keliru. Saya juga keliru."



Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li turut berkata, beliau menganggap Sultan Ismal Petra sebagai pemerintah yang hak dan bukan anakandanya atau bekas pemangku sultan, Tengku Muhammad Faris Petra, yang ditabalkan sebagai Sultan Muhammad V pada September lalu.

"Saya menganggap Sultan Ismail sebagai Sultan," kata Ku Li. "Baginda masih hidup. Baginda masih tinggal dalam istana Mahkota."

Sidang akhbar Ku Li diadakan selepas Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat darjah kebesaran Kelantan yang dianugerahkan kepadanya minggu lalu. Putera Kelantan itu merupakan datuk saudara kepada pemerintah baru Kelantan.

Ku Li berkata, beliau menganggap penarikan balik pingat kebesaran itu sebagai tidak penting, sebaliknya lebih bimbang mengenai implikasi perbalahan diraja dan dakwaan bahawa Sultan Ismail Petra telah 'disingkir'.

"Saya merasakan akan berlaku huru-hara apabila Sultan boleh disingkir dengan mudah oleh pewarisnya, yang mempunyai kuasa dan kedaulatan, jadi dia sanggup menyingkirkan pemerintahnya, walaupun ia adalah ayahandanya," dakwa beliau.

"Ini adalah situasi luar jangka. Jika raja boleh dibuang, bagaimana pula dengan rakyat jelata?"

Pemimpin Umno itu turut mengedarkan dokumen kepada media, yang didakwa pengisytiharan daripada Sultan Ismail Petra bertarikh 27 November mengatakan baginda masih pemerintah yang berhak, mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Beta adalah Sultan dan Pemerintah Berdaulat Kelantan Darul Naim," titah Sultan Ismail Petra dalam proklamasi itu. "Ini adalah hak beta berpandukan perlembagaan dan perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Persekutuan Perjanjian Malaya 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan Malaya 1957 serta Perlembagaan Persekutuan."

Ku Li menambah, beliau juga bimbang dengan apa yang bakal berlaku apabila Sultan Kelantan ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong kira-kira enam tahun lagi, selepas Sultan Terengganu dan Kedah, sekiranya pertikaian itu tidak diselesaikan menjelang tempoh itu.

"Saya rasa Umno perlu bertindak untuk menyelesaikan konflik istana Kelantan," katanya. "Saya juga rasa bahawa kerajaan negeri dan pusat harus mengambil tindakan kerana kedudukan Agong harus dilindungi di bawah perlembagaan."

Tengku Razaleigh berkata, terdapat hanya tiga cara di bawah perlembagaan negeri untuk pemangku ditabalkan menjadi sultan, iaitu kemangkatan, penurunan takhta atau keluar negeri selama lebih 12 bulan tanpa sebab munasabah kepada Majlis Perajaan Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintah baru itu pada 13 September selepas pertabalan diraja dibuat mengikut perlembagaan Kelantan. Kedua-duanya baru-baru ini berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS