salam

Selasa, Disember 07, 2010

Perjelas SKOP EOC Dahulu Sebelum Mendakwa PERKASA OPORTUNIS


HARI ini Datuk Seri Nazri Aziz membidas Perkasa sebagai oportunis politik ekoran tindakan badan bukan kerajaan itu yang mendakwa pembentukan Suruhanjaya Peluang Seimbang(EOC) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Sepatutnya Nazri Aziz yang juga menteri di Jabatan Perdana menteri memberi penjelasan mengenai EOC sebelum memberi gelaran oportunis kepada pertubuhan NGO kaum melayu dan bumiputra itu.

EOC merupakan satu mekanisme di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) yang laporan pertamanya diumumkan kerajaan pada 30Mac lalu.

Bagaimanapun pada sidang media semalam Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat ia bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan memberi peluang saksama bagi setiap rakyat Malaysia.

Ibrahim berkata suruhanjaya itu jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama dan ia bertentangan dengan Perkasa 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan dan melindungi kepentingan orang Melayu dan penduduk asal.

Sehubungan itu Ibrahim berkata, Perkasa mengambil serius cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) yang ingin menubuhkan EOC bagi memastikan tidak wujud diskriminasi dan ketidakadilan.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan memastikan MEB berada di landasan tindakan polisi afirmatif atau kerajaan akan kehilangan sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, Perkara 153 tidak terjejas kerana EOC tertakluk kepada rangka kerja perlembagaan.

“Anda boleh ada Suruhanjaya Peluang Seimbang dengan tertakluk kepada perlembagaan.

“Peluang saksama seharusnya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, Suruhanjaya Peluang Seimbang tidak boleh memutuskan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Mereka boleh membuat keputusan, tetapi selagi ia tidak bertentangan dengan perlembagaan okey,” katanya.

Ibrahim  yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulangi bahawa Perkasa tiada masalah dengan NEM tetapi akan berjuang habis-habisan jika EOC tidak bertindak selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Nazri menjelaskan pembentukan EOC tidak bertentangan dengan perlembagaan dan keputusan-keputusan dibuat oleh badan itu akan dipantau.

Suruhanjaya itu dibentuk untuk menangani masalah diskriminasi dan amalan tidak sihat.

Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dianggotai lebih 80 badan bukan kerajaan termasuk Perkasa sendiri mendesak kerajaan memastikan MEB tidak mengabaikan agenda Melayu.

Bagaimanapun Nazri berhujah jika Perkasa menentang peluang seimbang ia juga seharusnya telah mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Bagaimana ia boleh menjadi seimbang apabila DEB mengatakan bahawa hak Bumiputera hanya 30 peratus?

“Jadi 70 peratus adalah untuk bukan Bumiputera tetapi mengapa anda tidak membuat bising.

“Jika anda mahu terlalu berkira, maka DEB seharusnya sudah dimansuhkan kerana ia hanya memberikan 30 peratus kepada Bumiputera dan 70 peratus kepada bukan Bumiputera,” katanya.

Beliau menambah Perkasa menggunakan EOC kerana kepentingan politik.

“Saya merasakan ia satu andaian tidak berasas dan oportunisme politik berhubung satu isu yang sebenarnya tidak wujud,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS