PELIK sungguh kalau difikirkan tindakan ‘bangang’ dan ‘bercelaru’ kerajaan PKR Selangor apabila Menteri Besar Khalid Ibrahim mengajak rakyat Selangor bekumpul dan berarak ke Istana Negara untuk menyampaikan satu memorandum membantah kenaikan harga air di negeri yang diterajuinya.
Bertambah pelik lagi apabila ribuan penyokong turut sama jadi ‘bangang’ apabila mereka bersedia melakukan bantahan dan cuba berarak beramai-ramai walaupun sedar mereka melanggar undang-undang negara.
Sebagaimana kita tahu, pada Kongres PKR yang baru lau, Presidennya, Wan Azizah membacakan teks ucapan yang menyebutkan parti itu mahu ‘nyahkan’ ketuanan Melayu sebagai dasar baru perjuangannya.
Hakikatnya, ketuanan Melayu ialah ketaatan dan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu. Justeru, apabila menolak ketuanan Melayu, bererti PKR juga telah menolak kewujudan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tidakkah menolak ketuanan Melayu itu bermaksud PKR dan seluruh ahlinya mencampakkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong? Tidakkah itu menderhaka namanya?
Tidakkah menolak ketuanan Melayu itu bermaksud PKR dan seluruh ahlinya mencampakkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong? Tidakkah itu menderhaka namanya?
Bagaimanapun, semalam Khlaid Ibrahim sebagai Menteri Besar PKR untuk negeri Selangor mengajak rakyat menyokongnya menyampaikan memo bantahan kepada Raja Melayu di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Institusi Raja tak mahu tetapi, untuk menyelesaikan masalah ciptaan sendiri di Selangor, MB PKR itu mahu pula memperalatkan Instirusi Raja Melayu – Yang di-Pertuan Agong, konon meminta bantuan menyelesikan masalah yang dihadapinya?
Sedangkan masalah air di Selangor bukanlah masalah rakyat. Ianya masalah politik PKR dan pakatan pembangkang yang mahukan syarikat air di Selangor diserahkan atau diambilalih oleh kroni mereka, terutamanya para tauke dari Singapura yang sedia menanti.
Setelah banyak harta, seperti bangunan kepunyaan PKNS dan Yayasan Selangor dijual kepada tauke-tauke dari Singapura, kini syarikat air di Selangor pula mahu dilacurkan.
Kerana gagal berbuat demikian sebab ada ikatan teknikal dengan kerajaan Persekutuan, maka tindakan mereka terhalang hinggakan usaha menambah bekalan air daripada negeri Pahang pun dihalang melalui kuatkuasa perundangan yang ada ditangan mereka.
Sebenarnya, ‘tarik tali’ kerajaan Selangor yang diterajui pembangkang itulah yang akan menyusahkan rakyat Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam masalah bekalan air.
Kerana bimbangkan rakyat memberontak dengan isu air di Selangor dan WP Kuala Lumpur, maka jalan mudah yang ada ialah mengadakan satu tunjuk perasaan yang nyata tujuannya hanyalah untuk mengalih isu sebenar yang mereka hadapi.
Tambahan pula, isu janji pilihan raya yang berkaitan dengan bekalan air percuma masih gagal ditunaikan, maka bantahan dan tunjuk perasaan itu terpaksa dilakukan. Juga untuk mengalihkan isu sebenar dari disedari oleh rakyat.
Yang pasti, apa yang dilakukan itulah yang menyusahkan rakyat. Dan rakyat mahu diperdaya dengan ‘cara lama’ yang sememangnya jadi amalan dan satu-satunya kebolehan yang ada pada Anwar Ibrahim.
Hasil bantahan dan memorandum itu tak akan kemana. Masalah air di Selangor dan WP Kuala Lumpur akan berterusan selagi puak-puak pembangkang berkenaan berkuasa.
Hakikatnya, PKR dan Anwar Ibrahim terperangkap dengan jerat yang dipasangnya sendiri. Sendiri yang pasang jerat, sendiri yang kena jerat.
Instirusi Raja diperlekeh, tetapi kepada Institusi Raja pula mereka meminta bantuan.
- HangLekir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan