salam

Selasa, Disember 07, 2010

Kenapa MCA Salahkan Perkasa???

THURSDAY, 29 APRIL 2010 


Perkasa ditubuhkan selepas PRU-12. Keputusan pada PRU itu majoriti kaum cina mengundi pembangkang, sebab itu juga majoriti pemimpin kaum cina kalah. Akibat kekalahan itu, Pulau Pinang Jatuh, Perak Jatuh, Selangor jatuh, Kedah Jatuh.


PRK Bukit Gantang yang diadakan selepas PRU juga menunjukan kaum cina menolak BN. Semua PRK selepas PRU-12, kaum cina menolak BN. Terakhir di Hulu Selangor pun kaum cina menolak BN.

Rekod ini menunjukkan bahawa parti-parti yang berasaskan kaum cina ditolak oleh kaum mereka sendiri. Parti-parti itu seperti MCA dan Gerakan tidak mampu lagi menarik kaum mereka.

Perbalahan dalaman parti kaum cina terutama MCA menggambarkan kelemahan parti itu. Sepatutnya para pemimpin parti ini menilai dan bercermin sendiri, kenapa kaum mereka menolak parti yang berasaskan kaum mereka sendiri.

Memang benar, parti Umno, MIC mengalamai kemerosotan semasa PRU-12, namun selepas itu, kaum melayu dan india mula menyokong semula. Di mulai di PRK Manek Urai, kaum melayu kembali menyokong Umno, Bagan Pinang, Kaum melayu dan India kembali menyokong BN, di Hulu Selangor, kaum melayu kembali kepada BN,khususnya Umno, demikian juga kaum india kembali kepada BN atau MIC. Namun kaum cina samasekali belum kembali kepada MCA ataupun Gerakan.

Disebabkan kaum cina belum kembali menyokong MCA, maka Presdien MCA Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa, kononnya atas desakan Perkasa agar peruntukkan untuk kaum cina dikaji semula, memandangkan kaum itu tidak menyokong kerajaan.

Perlu ingat, kaum melayu terlalu ramai yang memerlukan bantuan dan pembelaan kerajaan. Masih terlalu ramai kaum melayu berada dalam kemiskinan. Kaum melayu yang miskin bergantung harap kepada pembelaan kerajaan, kerana itu di pendalaman, BN mendapat sokongan padu.

Perkasa hanya memberitahu kerajaan, utamakan rakyat yang memerlukan bantuan, utamakan rakyat yang menyokong kerajaan baik dasar dan perancangan kerajaan.

Salah kah Presiden Perkasa berkata demikian? Jangan nafikan fakta, jangan sorokan fakta. Melayu dan bumiputra perlu dibela,kerana itu ianya menjadi perjuangan Perkasa.

Perkasa bukan ultra melayu, Perkasa hanya memperjuangkan hak-hak melayu dan bumiputra sepertimana terkandung dalam perlembagaan.

Perkasa tidak akan wujud, jika hak-hak Melayu dan bumiputra sejak akhir-akhir ini dipersoalkan. Perkasa berdiri teguh kepada haknya, Perkasa berdiri Teguh bercerai roboh terhadap pembelaan hak melayu dan bumiputra.

Perkasa tidak mempersoalkan hak kaum lain sepertimana termaktub dalam perlembagaan. Demikian juga, Perkasa tidak mahu kaum lain mempersoal hak kaum melayu dan bumiputra.

Tolak ansur antara kaum ini telah wujud sekian lama. Namun akibat kehadiran parti-parti politik dan individu yang menjadi petualang dalam negara, maka tolak ansur itu tercemar dan menghampiri perpecahan.

Merebut kuasa dengan cara extrem adalah perjuangan para parti Pembangkang terutama DAP-PKR. Parti-parti menghalalkan semua cara demi merebut kuasa termasuk pembohongan gerakan 16 september 2008 oleh pemimpin Umum PKR Anwar Ibrahim.

Kepada MCA jangan salahkan Perkasa... salahkan diri sendiri kerana diri anda sendiri lah yang menyebabkan kaum anda menolak parti anda. 

Kepada Chua Soi Lek.. jangan kambing hitamkan Perkasa.. tengok muka sendiri.. tengok kiri dan kanan; depan belakang, siapa kah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS