TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anak-anak jantan umat Melayu dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan NGO Melayu lain yang dengan berani dan bersemangat behimpun di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur Selasa malam kerana membantah tindakan kurang hajar Namewee yang melancarkan albumnya yang berunsur perkauman.
Sebagaimana dilaporkan Bernama, kira-kira 50 anak jantan Melayu dari Perkasa tiba di perkarangan dewan itu jam 8.45 malam dengan membawa sepanduk Perkasa serta gambar Namewee. Dengan melaungkan kata-kata kesat kepada Namewee yang nama sebenarnya Wee Meng Chee, mereka membakar gambar ‘pengkhianat negara’ yang mendapat sanjungan DAP itu.
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam.
Ketua (anak jantan) Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu. Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.
Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata, perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang mencetuskan kontroversi dan perkauman.
"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zulkarnain Abdul Rahman berkata, perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.
"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.
Sementara Papa Gomo dalam blognya melaporkan Namwee telah melarikan diri mengikut pintu pagar belakang dengan maniki kereta.
“Pengkhianat Namewee takut dan bacul apabila enggan berjumpa Wira Perkasa dan NGO-NGO lain apabila dia cabut lari. Dalam dewan tadi juga terdapat banner yang tidak sepatutnya wujud dalam Pelancaran Album Namewee. Jelas bahawa Namwee didalangi DAP,” lapor Papa Gomor.
Apapun, anda semua adalah anak jantan Melayu yang sejati dan benar-benar mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan kesejahteraan negara daripada dicemar oleh pengkhianat dari kaum imigran yang melakukan provokasi untuk mencetuskan sengketa kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan