salam

Selasa, Disember 07, 2010

Negara Pengeluar ‘Karbon Dioksida’ Terbesar Di Dunia: SINGAPURA DI TANGGA KE TUJUH?


NEGARA Pulau, Singapura tersenarai sebagai pengeluar karbon dioksida ketujuh terbesar di dunia berbanding jumlah penduduknya, akibat lonjakan ekonomi dan gaya hidup mewah rakyat di republik ini.

Firma penasihat risiko global, Maplecroft meletakkan Singapura sebagai pengeluar karbon dioksida ketujuh tertinggi selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Belanda dan Arab Saudi.

Indeks Maplecroft itu diukur dengan menilai pencemaran karbon dioksida tahunan berikutan penggunaan tenaga, pencemaran per kapita dan pencemaran terkumpul sesebuah negara sejak lebih seabad lalu dari 1900 hingga 2006.

"Keadaan menjadi bertambah buruk dengan kekurangan tenaga bersih berikutan perkembangan ekonomi Singapura dan peningkatan jumlah kenderaan serta peralatan elektronik seperti pendingin hawa menyumbang kepada pencemaran karbon di negara itu," kata Maplecroft dalam satu kenyataan.

Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan di Mexico mencari jalan bagi mengawal pencemaran karbon yang menjadi punca pemanasan global, keseimbangan alam sekitar di Singapura menimbulkan masalah kepada Asia dan dunia.

Pendekatan hijau Singapura dilihat sangat berjaya dan meletakkannya sebagai hab tenaga diperbaharui di rantau ini tetapi jika semua negara Asia mengikut gaya hidup moden dan mewah seperti rakyat negara ini, pencemaran gas hijau akan melonjak.

"Jika setiap penduduk dunia menikmati tahap penggunaan seperti setiap rakyat Singapura, kita memerlukan tiga planet Bumi untuk memenuhi keperluan sumber," kata jurucakap Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Chris Chaplin. – AFP

SATU MELAYU: Ada orang kata Singapura adalah sebuah negara bandar yang bersih, kemas, cantik dan teratur. Rupa-rupanya tanpa disedari, negara berkenaan tercemar udaranya dengan ‘karbon dioksida’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS