salam

Selasa, Disember 07, 2010

Kenyataan Wan Azizah memalukan melayu sendiri - PPP

THURSDAY, 2 DECEMBER 2010


Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.


"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya kepada Bernama mengulas kenyataan Dr Wan Azizah minggu lepas berhubung hak ketuanan Melayu di negara ini pada hari Khamis.



Sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Setelah orang Melayu sendiri tidak percaya dengan pimpinan mereka, dia pura-pura buat tawaran kepada DAP, tetapi semua orang tahu janji-janji itu untuk gimik sahaja,".



Sementara itu Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Mohamad Abdul Ghani yang dihubungi Bernama berkata PKR tidak sabar dalam membuat kenyataan kerana mengecewakan orang Melayu sendiri.



"Sebagai mewakili bekas-bekas tentera seluruh negara, kesal dengan kenyataan itu dan berharap perkara itu tidak dijadikan modal politik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS