salam

Selasa, Disember 07, 2010

Hadi Awang kata Parti Umno parti orang Bodoh

SUNDAY, 14 NOVEMBER 2010


Persiden Pas Haji Hadi Awang mendakwa bahawa parti Umno adalah parti orang bodoh dan para pemimpinnya adalah para individu yang tidak patuh undang-undang, sepertimana dipetik dalam ucapannya semasa merasmikan program PAS GANTI UMNO.

Hadi juga mendesak para pemimpin dan kader-kader Parti untuk perlu memperkuat strategi dan menjadikan Pas kuat dan menang dalam pilihanraya umum ke-13 bukan kerana kelemahan Umno.

Pas perlu sokongan bukan sahaja ahli dan penyokong Pas, tetapi juga ahli dan penyokong Umno. Sebab kata Hadi, untuk menang piliahanraya ke-13, undi melayu sangat penting dan kritikal.

Selain itu Hadi mendesak Umno agar menerima kekalahan pada pada PRU-13 secara terhormat dan jangan melakukan jalan pintu belakang sepertimana merampas kerajaan Pakatan Perak pada 5 Februari 2009.Perak merupakan antara lima negeri dimenangi Pakatan Rakyat tetapi jatuh ke tangan BN.

Hadi telah merujuk kepada ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 yang berkata Putrajaya (merujuk kepada pusat pentadbiran kerajaan persekutuan)— “mesti dipertahankan walau apa pun terjadi.”

Pas menurut Hadi perlu kuat kerana yang Pas lawan adalah parti orang bodoh, gila dan tiada undang-undang.

Untuk itu kata Hadi untuk berlawan Pas kena ada kekuatan sendiri, kena ada strategi sendiri, kena ada cara untuk berlawan denga musuh dan kita kena gerakkannya di peringkat akar umbi.

Menurut Hadi Umno tidak boleh memerintah selama-lamanya, siapa yang boleh ambil alih negara? Sebab itu kita tawarkan diri, biar Umno berehat,” katanya.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga (diperlukan). Kita juga perlu undi daripada ahli Umno juga. Atas sebab itu, “Kita kena rancang strategi dan gunakan pendekatan untuk membawa mereka kepada kita. Kita harus bersikap terbuka dalam perkara ini,” katanya.

Pada PRU-13 akan datang, Hadi menegaskan bahawa Pas akan meletakkan calon-calonnya di kawasan bukan majoriti melayu, seperti di Broga persempadanan Selangor dan negeri Sembilan. Cara ini adalah untuk memastikan bahawa Pas mempunyai lebih kerusi dibanding parti DAP dan PKR. Jika Pas mempunyai banyak kerusi, maka adalah mudah untuk mengetuai kerajaan yang dibentuk.

Komen AYT

Dakwaan Hadi ini boleh menjadi iktibar kepada parti Umno dan para pemimpinnya.Umno kena tunjukkan di semua peringkat bahawa parti Umno adalah parti yang bijak, ditunjangi oleh para pemimpin bijak dan mengikut undang-undang negara.

Biasalah parti pembangkang memberi tohaman demikian kerana untuk menaikkan semangat para ahli dan penyokongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS