salam

Selasa, Disember 07, 2010

Apa Pilihan Melayu Selangor: IKUT SULTAN atau ‘MELAYU MURTAD’?


RASA dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir orang Melayu yang sanggup mempersoal kedudukan serta keistimewaan orang Melayu, termasuk institusi Raja-Raja Melayu, seharusnya dipandang serius dan diambil perhatian sewajarnya oleh seluruh umat Melayu/Islam di negeri Selangor.

Kalau orang Melayu Selangor masih merasakan betapa penting dan mustahaknya peranan Raja-Raja Melayu, terutamanya Sulatn Selangor sendiri, sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan. Kalau tidak mampu dengan kudrat, cukup dengan kata-kata. Kalau tidak upaya dengan kata-kata, memadai sekadar memendamnya di dalam hati buat seketika.

Sampai masanya nanti luahkan sahaja melalui undi dari tangan anda pada Pilihan Raya Umum akan datang. Masanya sudah hampir dan bersedialah sekelian umat Melayu/Islam di Selangor untuk menyingkirkan pemimpin dan kerajaan pakatan yang telah kalian ‘tersilap pilih’ pada tahun 2008 lalu.

Sebagai rakyat dan umat Melayu/Islam yang setia dan akur dengan kewujudan Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir apa jua masalah negara dan negeri, titah Paduka Sultan baru-baru ini tentulah dapat kalian tafsirkan kepada siapa dan kerana apa Baginda bertitah begitu.

Sebagai rakyat yang perihatin dan bebas berfikir, apa yang telah berlaku di negeri kalian (Selangor) sejak pakatan memerintah lebih dua tahun lalu sudah cukup untuk memfokuskan apa yang tersirat disebalik titah Sultan yang berjiwa rakyat itu.

Pelbagai masalah yang timbul membuktikan kebolehpercayaan pemimpin dan parti-parti dalam pakatan sangat mendukacitakan, bukan sahaja oleh sebahagian besar rakyat tetapi, Baginda Sultan sendiri. Telah beberapa kali Baginda menyuarakan rasa kurang senangnya dalam banyak hal yang meresahkan rakyat di negeri Selangor.

Tak payahlah dihuraikan satu persatu. Sebagai rakyat Selangor, sebahagian besar dari kalian telah menempuh, merasai dan melihat sendiri bagaimana gagalnya pemimpin pakatan pembangkang mengekalkan kemajuan dan kesejahteraan sedia ada, sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Lebih parah lagi, kedatangan kerajaan pakatan seolah-olah bagaikan ‘penjajah’ yang mahu mengaut segala kekayaan sedia ada di negeri Selangor. Bagaikan ‘tikus jatuh di kepok padi’, secara senyap dan bersembunyi mereka ‘menyamun’, ‘merompak’ dan ‘mencuri’ segala harta dan kekayaan yang telah tersedia selama ini.

Fahami dan sedarilah bahawa apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu membuktikan kebimbangan baginda terhadap apa yang berlaku sekarang. Kerana mengejar kepentingan politik ada di kalangan mereka yang sanggup memperjudikan kedaulatan serta keistimewaan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Sedar atau tidak, dan diterima atau tidak, keadaan bercelaru yang terjadi di Selangor adalah kerana campurtangn seorang hamba Allah bernama Anwar bin Ibrahim.

Kerana kepentingan politik peribadinya dan konco rapatnya, dia telah meletakkan MB Selangor yang ada sekarang bagaikan ‘robot’. Khalid tak boleh buat apa tanpa arahan Anwar. Khalid tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan penting dalam pemilihan pimpinan pusat PKR baru-baru ini meletakkan MB Selangor benar-benar jadi ‘robot’.

Kerana sayang dan tersangat memerlukan kerusi MB Selangor itu kekal miliknya, Khalid Ibrahim terpaksa sanggup melakukan apa sahaja sebagaimana arahan Anwar. Azmin Ali telah diletakkan oleh Anwar di Selangor sebagai tokoh yang pada bila-bila masa boleh menggantikan tempat Khalid.

Maka terdesaklah si Khalid dan jadilah dia ‘robot bernyawa’ yang ditentukan segala gerak-gerinya oleh Anwar Ibrahim.

Pakatan Anwar-Azmin Kenakan Khalid

Contoh terbaik, wajarkah seorang MB mengepalai satu perarakan ke Istana Negara pada hujung minggu ini semata-mata untuk menyampaikan satu memorandum yang berkaitan dengan masalah kenaikan harga air di Selangor? Di negeri yang dia sendiri jadi MB-nya? Masalah pentadbiran sendiri minta DYMM Yang di-Pertuan Agong pula selesaikan? Betul ke?

Tokoh 'Melayu Murtad'....
Kalau si Khalid menghadap Sultan Selangor untuk berbincang menganai masalah itu ada juga logiknya. Tapi takkanlah Khalid sebagai MB Selangor terpaksa berarak pula ke Istana Sultan Selangor untuk sampaikan memo masalah sendiri?

Supaya negara jadi huru-hara dan timbul masalah yang meresahkan ketenteraman rakyat, Anwar arahkan Khalid berarak ke Istana Negara.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Jika berlaku sesuatu yang tidak baik nanti, Khalid Ibrahim akan dipersalahkan dan ada kemungkinan ketika itu Khalid akan digantikan dengan mudah oleh Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru.

MB Khalid sekarang bagaikan seorang yang ditutup matanya dan dibiarkan dia berdiri sendirian di tepi gaung yang dalam. Penyokong PKR diajak menyorak Khalid yang ditutup matanya itu. Kalau Khalid terus melangkah dan menari mengikut gendang yang dipalu, dia akan ‘mampos’ terjatuh gaung.

Semua ini perlu diperhati dan diteliti dengan serius oleh rakyat Melayu/Islam di Selangor jika anda semua masih sayang dan cintakan tanah tumpah darah atau tempat mencari rezeki.

Persoalannya ialah mengenai pendirian dan sikap politik Melayu Selangor sekarang. Mahu kemana anda? Mahu ikut Sultan yang berjiwa rakyat atau mahu memusnahkan negeri Selangor kerana mengikut mainan politik Anwar Ibrahim yang kini telah jadi ‘Melayu Murtad’?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS