salam

Selasa, Disember 07, 2010

KETUANAN ANWAR : M’SIA KE ARAH NGRA. REPUBLIK !!

PKR sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi apabila menafikan Ketuanan Melayu sebagai asas perjuangan masyarakat di Malaysia. Ramai yang menganggap PKR sengaja mencari popularity murahan dengan mengisytiharkan tidak menerima Ketuanan Melayu sebagai landasan perjuangan. Adakah benar ianya sekadar populariti?

Tertarik dengan pendirian Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah di mana Ketuanan Melayu ini membawa maksud mempertahankan Raja2 Berpelembagaan.Ia membawa maksud bahawa Ketuanan Melayu ini merupakan simbolik kepada Raja2 Melayu. Adakah De Facto PKR, Anwar Ibrahim tidak tahu akan maksud Ketuanan Melayu? Atau buat2 tak tahu?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Anwar Ibrahim sekian lama berjuang untuk menduduki takhta Perdana Menteri yang beliau idamkan sejak sekian lama. Pelbagai taktik dan strategi kotor telah dilakukan bagi merealisasikan impian beliau. Malah, Anwar Ibrahim sanggup menggadaikan maruah Islam dan Melayu demi mencapai kerjasama tersebut.

Kerjasama Anwar dan DAP menampakkan lagi kerakusan beliau untuk berkuasa. DAP yang kita kenali sentiasa memandang rendah mertabat Melayu dan Islam. Malah hamper kesemua Raja2 Melayu tidak dapat menerima parti serpihan PAP dari Singapura ini. Apakah langkah paling berkesan agar Anwar dan DAP dapat menguasai kuasa politik di Negara ini?

Kuasa Raja2 akan disekat. Itu saja cara yang terbaik. Anwar tentunya tidak mempunyai sebarang masalah dalam hal ini kerana DAP telah berjanji akan memberi jawatan PM kepada Anwar. Penafian Ketuanan Melayu merupakan salah satu strategi memperkecilkan kuasa Sultan. PKR dan DAP akan memainkan isu Ketuanan Melayu ini habis2an bagi meracuni pemikiran rakyat terutamanya kaum Cina agar menentang kuasa Ketuanan Melayu.

Perang Psychology ini akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kuasa Raja2 Melayu di masa akan datang. Orang Melayu dilihat akan semakin berpecah. Cina bersatu menentang Ketuanan Melayu.

PAS? Hanya sekadar symbol kosmetik di dalam Pakatan. Anwar akan menggunakan PAS bagi menerangkan pentingnya perjuangan Islam berbanding perjuangan Bangsa. Dengan menggunakan ‘Ketuanan Islam’, Anwar akan mengarahkan PAS menggerakkan kempen menghapuskan simbolik Ketuanan Melayu dari pandangan masyarakat.

Apabila Raja2 Melayu hilang kuasa, apa yang akan berlaku pada Malaysia? Malaysia akan menjadi sebuah Negara Republik. Adakah itu yang kita mahukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS