salam

Selasa, Disember 07, 2010

Anwar anggap Pas tidak penting: ANWAR PENGKHIANAT BANGSA MELAYU....

AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya.

Demikian ulasan dan penjelasan ‘menarik’ seorang bekas orang kuat PKR Pulau Pinang yang lari meninggalkan parti yang memperjuangkan nasib politik Anwar Ibrahim itu kepada wartawan Utusan sebagaimana tersiar di Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas, ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang, sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Jelasnya, beliau tidak hairan kerana ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.

"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu. Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya.

Zahrain meninggalkan PKR kerana menyedari perjuangan parti itu tersasar jauh daripada apa yang tersurat. Oleh kerana beliau adalah Pengerusi PKR Pulau Pinang (sekarang, bekas), maka apa jua dasar parti itu di negeri berkenaan tentulah disalurkan melaluinya.

Justeru, apa yang dikatakannya mengenai bekas bosnya, Anwar Ibrahim dan PKR tidak harus diragui. Jika ianya dusta atau satu fitnah, maka pihak berkenaan, khasnya Anwar Ibrahim boleh sahaja menyamannya di mahkamah.

Sebagai imbasan kembali, Mohammad Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, terpaksa meninggalkan PKR atas tekanan dan desakan DAP melalui Anwar. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan tempatnya digantikan oleh Mansor Othman, melalui satu pilihan raya kecil di DUN Penanti, tahun lalu.

Ternyata tindakan Anwar menempatkan Mansor sebagai wakil PKR yang jadi Timbalan Ketua Menteri 1, benar-benar menepati cita-rasa dan kehendak DAP dan Lim Guan Eng.

Sebagai Melayu yang jadi ‘kuda tonggangan’ Guan Eng dan DAP, baru-baru ini Mansor membuat kenyataan bahawa ‘Nasib orang Melayu Pulau Pinang sekarang lebih terbela di bawah pimpinan DAP berbanding keadaan mereka di bawah pimpinan Barisan Nasional dahulu’.

Berdasarkan hakikat itu, ternyata apa yang didakwa YB Zulkifli Nordin itu ada kebenarannya. TKM 1 dari PKR sekarang, telah menjadi penyokong Ketua Menteri dengan agenda DAPnya menghalau keluar Melayu Pulau Pinang.

Mansor Othman adalah wakil mutlak Anwar Ibrahim melaksanakan ‘perjanjian rahsia’ PKR-DAP.

SATU MELAYU: Yakin akan berlaku huru-hara di negara ini kalau ‘perjanjian rahsia PKR-DAP’ itu terlaksana, sebagaimana diingatkan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yasin ketika mengulas perkara sama.

Kalau Tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana ‘pakatan rahsia’ Parti Buruh-DAP, apakah tidak mungkin kali ini akan terjadi pula kerana ‘pakatan rahsia’ PKR-DAP?

Kepada ‘Pemimpion Pas’ sekarang, sedarlah bahawa anda semua seharusnya mengambil perhatian serius mengenai isu ini. Isu ini isu besar. Isu yang membabitkan masa depan dan maruah agama Islam dan umat Melayu/Islam. Sesungguhnya Pas telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin chauvanis Cina DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS