AIDCNews – 29/12/10 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau penularan budaya negatif, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang didakwa semakin berkembang di negara ini.
”Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini.
”Oleh itu, JAKIM telah mengarahkan agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini,” kata Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam. Klik di sini
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang membuat pengakuan sebagai GAY yang disiarkan dalam satu youtube channel ‘seksualitimerdeka’ bertajuk “It Gets Better In Malaysia: Azwan Ismail, Saya Gay, Saya OK”
“It Gets Better in Malaysia” adalah projek video yang merakamkan mesej harapan untuk golongan muda LGBT Malaysia. Projek yang bertema “It Gets Better in Malaysia” bermaksud walaupun seorang LGBT mengalami kesukaran pada usia remaja (ketika keseorangan) tetapi jika mampu bertahan dan bersedia memperjuangkan hak mereka secara berkumpulan, keadaan akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Ketua Pengarah JAKIM berkata kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat.
Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat.
Ucapan Kontroversi Azwan Ismail
Azwan Ismail dalam channel youtube ‘seksualitimerdeka’ membuat pengakuan seperti berikut:
“Saya Azwan Ismail, berumur 32 tahun. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk menyakini diri saya bahawa saya seorang Gay.
“Dan apabila saya berani mengatakan saya seorang Gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu, saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan.
“Memang tidak dinafikan agar sukar untuk menjadi seorang Gay di Malaysia, terutama kita adalah seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi.
“Tetapi kita (golongan Gay) kena ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustaz kita, kawan-kawan kita kebanyakannya dari pandangan seorang hetroseksual (seks normal).
“Mereka (golongan hetroseksual) tidak merasai atau tidak memahami menjadi seorang yang Gay. Kita lebih mengetahui diri kita dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu (hetroseksual).
“Saya yakin keadaan menjadi lebih baik. Kita perlu mencari sumber-sumber kekuatan di sekeliling kita kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberi keyakinan kepada diri kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang untuk menjadi seorang Gay yang lebih tabah.
“Saya harap anda akan dapat menemui sumber kekuatan itu dan berpegang kepadanya dan akhirnya yakin untuk memberitahu orang lain, saya Gay, saya OK”
Daripada apa yang dilafazkan oleh Azwan itu, dapat difahami bahawa memang terlalu sukar seorang Gay mahu mengakui dirinya Gay, terutamanya jika lelaki itu berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Selama 30 tahun lampau, Azwan sendiri menyembunyikan identitinya sebagai Gay, walaupun diri sendiri telah mengetahui naluri seks luar tabie itu. Sebelum ini, beliau hanya akan mengaku Gay di kalangan kumpulan yang sejenis dengannya atau pasangannya, tetapi akan menafi sekeras-kerasnya sebagai Gay, apabila dituduh oleh kelompok bukan Gay.
Persoalannya kenapa Azwan hanya memberanikan diri membuat pengakuan terbuka sebagai seorang Gay setelah berusia 32 ? Ada motif ? Untuk pancing sejauh manakah penolakan masyarakat ? Sebagai umpan, untuk lihat reaksi masyarakat, selepas itu boleh buat aduan kepada masyarakat antarabangsa ?
Azwan juga memberi mesej, dengan menyeru supaya kelompok LGBT mencari sumber-sumber kekuatan di keliling mereka yang mampu akan membantu mereka. Dan setelah itu Azwan menyarankan berpegang teguh kepadanya, yang akan menyebabkan kehidupan mereka akan jadi lebih baik sehingga berani mengistiharkan diri mereka yang sebenarnya; Saya Gay, Saya OK!
Apakah simbolik sumber kekuatan itu ? Parti politik ? Tokoh berpengaruh yang merupakan tempat untuk bernaung kumpulan LGBT ?
Video ucapan Azwan yang berdurasi 2:42 minit itu kini telah dipadamkan dari channel seksualitimerdekasetelah pengakuannya itu telah menimbulkan kontroversi. Namun begitu video LGBT “It Gets Better In Malaysia” daripada Pang, Joe Pang, Kavidha dan Peter Ong masih dikekalkan di channel tersebut.
Seksualiti Merdeka Perjuang Hak Asasi LGBT
Projek video itu dilancarkan pada pertengahan Oktober lalu bersempena dengan ‘Festival Hak Asasi LGBT Malaysia’ anjuran Seksualiti Merdeka (www.seksualitimerdeka.org).
Seksualiti Merdeka merupakan penganjur tahunan hak asasi golongan LGBT dan memperjuangkan LGBT supaya diiktiraf di Malaysia.
Badan LGBT Malaysia ini merupakan gabungan beberapa kumpulan-kumpulan dan individu-individu lain, termasuk Bar Council Malaysia, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, dan lain-lain.
Turut terlibat dalam Festival Hak Asasi LGBT 2010 adalah Dr Farish Noor, Edmund Bon, Amir Muhammad, Jac SM Kee dan lain-lain.
Program ini memfokuskan kepada filem-filem Q (Queer) iaitu ‘Herstory Films Project : Love, Sex & Desire’, ‘Rainbow Massacre 2010 : We Are Family!’ dan ‘Queer As Films : Fokus On Our Family’.
Azwan Ismail, lelaki yang mengaku Gay itu adalah editor buku himpunan kisah-kisah LGBT Malaysia yang dinamakan “Orang Macam Kita” yang diterbitkan oleh Matahari Books, syarikat milik Amir Muhammad.
Kenapa Aktivis LGBT Mengadu Kepada Anwar ?
Pada Oktober lalu, laman ini telah membongkar Festivel Filem Q (Gay), Jakarta yang kebetulan pada masa sama Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di sana.
“Hotel Four Season yang merupakan pusat persidangan forum Anwar tersebut terletak berdekatan dengan salah satu pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis.
“Karya dari Malaysia turut dipersembahkan dan diperbincangkan di festival tersebut iaitu melalui buku “Orang Macam Kita” yang memuatkan karya dari penyokong kuat Anwar Ibrahim seperti Dr Farish A. Noor, Nizam Zakaria dan Dina Zaman.
“Buku ini diterbitkan oleh syarikat Matahari milik Amir Muhammad, seorang penerbit dan pengarah filem independent di Malaysia,” tulis Pochong, kolumnis laman ini. Klik di sini dan di sini
Kolumnis NTAnwar turut mengulas aduan Amir Muhammad melalui twitter kepada Anwar Ibrahim yang berbunyi “Anti-Anwar website attacks ORANG MACAM KITA. But (more shockingly) misspells my name!“.
“Kenapa Amir Muhammad hantar twitter kepada Anwar Ibrahim dengan mengatakan laman anti Anwar serang ‘Orang Macam Kita’ ? Adakah Amir tahu Anwar juga termasuk dalam kelompok ‘Orang Macam Kita’ dan adakah Anwar merupakan penaung kepada semua ‘Orang Macam Kita’ di Malaysia ?”, soal NTAnwar. Klik di sini
Sebelum ini, kolumnis NTAnwar mengupas persamaan perjuangan Anwar dengan LGBT Malaysia. Klik di sini, di sini, dan di sini
Seterusnya, turut didedahkan juga lawatan kali kedua Anwar ke Jakarta pada 11 Oktober lalu, ketika memberi ucapan bertajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” di Galeri Salihara, Jakarta yang dimiliki oleh Komunitas Salihara.
“Komunitas Salihara adalah nama lain kepada Komunitas Utan Kayu yang ditubuhkan oleh Goenawan Mohamad, pengasas majalah Tempo dengan kerjasama Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Galeri Lontar, Teater Utan Kayu (TUK), Kantor Berita Radio 68H, dan Jaringan Islam Liberal(JIL).
“Komunitas Salihara juga merupakan pusat pembelaan LGBT Indonesia, di mana di tempat itu diadakan diskusi-diskusi LGBT untuk memahamkan rakyat Indonesia menerima pelakuan seksual songsang golongan minoriti itu.
“Pada tahun lepas, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Q (Festival Filem Queer atau Festival Filem Gay Indonesia) yang dibantah keras organisi Islam Indonesia pada tahun ini.
“Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem Q yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada tahun 2007 sehingga kini”, klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan