salam

Isnin, Januari 03, 2011

TAMAK ?

Kenapakah pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti Lim Kiat Siang atau pun media Cina perlu melenting apabila Dato' Mukhriz mencadangkan pemansuhan semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil?

Bukankah Kiat Siang melaung-laungkan 'Malaysian Malaysia' yang mahukan identiti bangsa di gantikan dengan identiti kemalaysian seperti yang termaktub di dalam ideologi politik beliau dan DAP?

Secara peribadi, penulis menafsirkan keriuhan mereka itu sebagai tamak.

Mereka mahukan kesamarataan di antara kaum-kaum di negara ini dengan membantah 'ketuanan Melayu'dan mahu bangsa Melayu mengalah tetapi dalam masa yang sama, mereka enggan berkompromi dengan mengambil erti kata 'kemalaysian' yang sebenarnya.

Dan yang menambahkan lagi masaalah ialah mereka tidak faham atau pun buat-buat tidak faham tentang erti kata sebenar maksud 'ketuanan Melayu' yang selama ini digunapakai dengan berkesan di negara ini sehinggakan kaum lain terutamanya kaum Cina begitu makmur dan berjaya dari segala aspek kehidupan.

Malah, ramai yang teruja dengan kemenangan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru dan mula memasang angan-angan bahawa Perdana Menteri Malaysia akan diterajui oleh orang bukan Melayu dalam masa yang terdekat ini.
Padahal, ianya mengambil masa 200 tahun untuk Amerika Syarikat berubah dan sampai ke tahap di mana sebarang bangsa boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Rakyat berbilang kaum seperti Hispaian, Cina, Mexican, Negro dan sebagainya telah bersetuju untuk mengikut satu sistem negara Amerika Syarikat yang berpaksikan kepada satu bahasa, satu sistem pelajaran dan sebagainya.

Kaum-kaum lain di sana akan belajar di satu jenis sekolah yang mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut.

Bahasa seharian rakyat amerika Syarikat ialah bahasa kebangsaan mereka termasuk sesama keluarga mereka tidak kira mereka itu bangsa Cina, Negro dan sebagainya.

Dan sekarang, Dato' Mukhriz mencadangkan satu usul yang sepatutnya di kemukakan sejak dulu lagi oleh pihak-pihak yang memperjuangkan konsep 'kemalaysian' dan kini riuh menentang konsep 'ketuanan Melayu'.

Dan jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan konsep tersebut, mereka yang sepatutnya menyokong usul tersebut dengan sebulat suara tanpa perasaan ragu dan gusar.

Merekalah sepatutnya pemimpin yang pertama berebut-rebut untuk mengangkat tangan tanda setuju kepada sebarang usaha positif yang mampu menjayakan konsep politik mereka.

Mereka sepatutnya memuji Dato' Mukhiz kerana mahu mengubah kerangkan negara supaya objektif'kemalaysian' tercapai dengan jayanya.

Dan jika sesiapa pemimpin bukan Melayu dan media Cina yang berang dengan usul Mukhriz selepas ini, mereka tidak layak lagi untuk mengeluarkan kenyataan berat sebelah serta memijak garis keistimewaan bangsa Melayu.

Merekalah yang sebenarnya tidak mahu berfikir ke depan dan racist.

Dr Novandri Hasan Basri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS