Dulu kerajaan kata hanya RON97 yang harganya ikut pasaran manakala RON95 akan diberikan subsidi. Maka berbondong-bondonglah pengguna isi tangki minyak kenderaan mereka termasuk yang bawa Mercedez dan BMW dengan minyak RON95. RON97 cuma untuk kenderaan asing. Dan bila kerajaan naikkan harga RON97 dua hari lepas, ramai yang tarik nafas lega.
Fuh.. Nasib baik harga RON95 masih lagi kekal. Baguslah sebab kerajaan BN benar-benar laksana slogan "Rakyat didahulukan..." Maklum yang isi RON97 tu semua mereka yang berduit. Tup tup semalam lain pula jadinya. Bukan takat RON95 yang naik harga, diesel pun naik... gas pun naik... gula pun naik. Nah kau, siap bagi pakej lagi!
Ni apa dah jadi ni Najib? Mail Sabri? Hujung-hujung tahun sedang orang duk sibuk nak beli pakaian sekolah anak, nak urus daftar anak sekolah, alih-alih minyak naik. Sah-sah tambang bas akan naik berganda. Mampus aku! Memang sah-sah rakyat kena kencing. Apa dah jadi ni weih?
Apa salahnya kerajaan perhabis duit sikit untuk support rakyat terutama kumpulan marhain macam aku ni. Tak guna kerajaan banyak duit dalam simpanan tetapi rakyat tak ada duit. Ini pakai teori siapa ni sampai nak kena kurangkan subsidi semata-mata nak kurangkan defisit. Teori Idris Jala budak Kristian bernama Melayu tu ke?
Takkan atas nama NKRA (Najib kerja, Rosmah arah???) rakyat dibebankan dengan kenaikan petrol, diesel, gas? Tak fikir ke kami-kami yang di bawah ini? Minyak naik, gas naik secara otomatik tambang bas sekolah naik, barang dapur naik malah darah rakyat pun naik!
Adoiii.... Petronas untung berbilion, syarikat-syarikat GLC pun untung beratus juta dan berbilion. Apa salahnya kerajaan tarik duit dari syarikat2 kerajaan tu letak duit dalam simpanan kerajaan supaya akaun kerajaan tak defisit. Kenapa perlu dibebankan kepada rakyat sedangkan CEO dan pegawai kanan syarikat GLC hidup mewah atas "bantuan" kerajaan.
Satu lagi, kenapa tiap kali naikkan harga barang perlu banding dengan negara lain, negara jiran? Tetapi yang pelik mereka tak pula banding gaji minimum rakyat negara terbabit. Betullah harga minyak kat Singapork lagi tinggi banding Malaysia tapi kiralah gaji kerani mereka. Banding dengan gaji kerani kita. Berganda-ganda mereka lebih dari kita.
Indonesia, apa nak heran kalau harga minyak mereka lebih mahal sebab mereka boleh beli minyak dalam botol tepi jalan. Harga lebih murah. Apa susah. Minyak seludup banyak beb.
Huh! Rakyat baru nak mula yakin dengan Najib dan nak mula kembali kepada kerajaan BN, alih-alih mereka buat lagu ni kat rakyat, time-time macam ni... Gila apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan