salam

Sabtu, Disember 25, 2010

SEPULUH SENARAI ORANG YANG PALING DIBENCI ZIONIS, MAHATHIR NOMBOR TIGA...

Masa nama Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz disiarkan oleh majalah yang dikuasai oleh Zionis sebagai antara 500 orang paling berpengaruh di dunia, hebohlah para juak-juak dan penjilat-penjilat tegar tentang 'kejayaan' tersebut. Kata mereka, pengiktirafan telah diberikan kepada Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz oleh dunia, memandangkan majalah yang dikuasai oleh Zionis itu merupakan antara yang paling berpengaruh di dunia.


Bagaimanapun, apabila Zionis menyiarkan senarai sepuluh orang yang paling dibenci oleh mereka, dengan nama Tun Dr. Mahathir berada pada kedudukan ketiga, tidak ada sesiapa pun dari kalangan juak-juak dan penjilat-penjilat tersebut berani mengiktiraf atau bertepuk tangan. Bahkan tidak sekelumit pun berita ini disentuh.

Sebabnya, antara DISUKAI dan DIBENCI oleh Zionis, mempunyai jurang yang sangat luas dan persepsi yang sangat berbeza khususnya di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.


Maka perbandingan pun sudah boleh dibuat, antara yang dikatakan PALING BERPENGARUH di dunia dengan YANG PALING DIBENCI oleh Zionis dengan kedua-duanya dari kaca mata Zionis Israel, yang mana satukah lebih diminati?


Kedudukan ketiga Tun Dr. Mahathir sebagai orang yang paling dibenci oleh Zionis, sememangnya sangat MEMBANGGAKAN. Malah kebanggaan itu JAUH MENGATASI kebanggaan apabila Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai antara orang yang paling berpengaruh mengikut kaca mata Zionis di dunia. Malah perasaan itu jauh mengatasi berita JERUSALEM POST yang memberikan skop positif kepada Anwar Ibrahim.

Ini senarai penuhnya... dalam bentuk PDF... KLIK DI SINI

1 ulasan:


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS