Khamis, Disember 02, 2010
Raja-raja Melayu perlu bertegas – Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja dan keistimewaan Melayu dan tidak perlu lagi berlembut dengan pengkhianat bangsa.
Demikian permintaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang tidak ingin lagi melihat trend mempersoalkan keistimewaan orang Melayu berterusan kerana jelas membelakangi Perlembagaan Persekutuan.
Tegas mereka, kerajaan wajib menangani dan membendungnya termasuk menggunakan peruntukan undang-undang bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebenarnya dalam soal ini, raja-raja sendiri perlu bertegas kerana kuasa kepentingan Melayu terletak di tangan mereka.
“Jadi semuanya hanya tinggal di atas kertas sahaja. Kerajaan sebenarnya boleh gunakan beberapa akta seperti Akta Hasutan tetapi yang menjadi masalahnya kerajaan tidak bertindak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof menggesa kerajaan agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Orang Inggeris sendiri mengiktiraf ketuanan Melayu semasa menggubal Perlembagaan. Jadi kenapa tiba-tiba PKR hendak membuangnya?
“Sepatutnya jika tidak berpuas hati, keluarlah dari negara ini tetapi jangan lupa nama Melayu yang dipakai itu perlu juga dibuang sekali,” katanya.
Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom berikrar akan mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir.
“Sebagai penderhaka, pemimpin PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan perlu keluar dari negara ini.
“Kami haramkan Anwar dan mereka yang lain kembali ke tanah air walaupun selepas mati,” katanya.
Dalam pada itu, Dewan Perhimpunan Melayu Kedah menyeru seluruh ahli PKR berketurunan Melayu supaya menginsafi implikasi yang bakal diterima daripada matlamat itu.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, matlamat itu akan memusnahkan semua perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa sebelum ini.
“Kerajaan juga harus sedar dan memperincikan segala kekurangan mereka supaya tidak hidup atas sanjungan dan pujian hingga melalaikan tanggungjawab mereka.
“Keadaan sebelum merdeka, rakyat mencari pemimpin tetapi sekarang pemimpin mencari rakyat,” katanya
Selasa, November 30, 2010
Mesyuarat Tindakan Program Pelancaran - 30/11/2010
| Di sebelah kiri YDP Perkasa Negeri Terengganu En. Mohd Lukman Muda dan Tim. Pengerusi Daerah Marang En. Hamzah Omar |
| AJK Peringkat Negeri dan disebelah kanan sekali Setiausaha Kehormat En. Jamil Sulong |
| YDP Perkasa Negeri sedang mempengerusikan mesyuarat tindakan |
| Diantara AJK Peringkat Negeri & Daerah yang hadir |
| Mesyuarat berlangsung pada 30/11/2010 mulai jam 4.00 petang di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. |
Pelancaran Program PERKASA Negeri Terengganu
PROGRAM PELANCARAN PERKASA NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 17hb. Disember, 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tengku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.
Perasmian: Bekas Menteri Besar Selangor YB Dato' Dr.
Mohamad Khir Toyo
Tarikh: 17hb. Disember, 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tengku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.
Perasmian: Bekas Menteri Besar Selangor YB Dato' Dr.
Mohamad Khir Toyo
Semua ahli PERKASA Daerah Marang dan khasnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke Program Pelancaran Perkasa Negeri Terengganu. Pendaftaran terbuka kepada ahli-ahli baru turut diadakan dengan yuran pendaftaran RM10.00 seumur hidup. Pakaian kemeja putih, berseluar hitam. Jamuan makan malam disediakan.
Langgan:
Ulasan (Atom)

