salam

Isnin, Disember 20, 2010

BACA, FIKIR GUNAKAN AKAL , RENUNGKAN DAN NILAIKAN SENDIRI

'Ummi Hafilda

Sunday, December 19, 2010


Salam , apa khabar semua? 

Moga anda semua sentiasa berada dalam rahmatnya dan petunjuk yg Maha Esa, terimakasih, terimakasih jutaaan t/kasih yg tidak terhingga kepada penyokong-penyokong tegar saya yg tak henti henti mendoakan buat saya terutama perjuangaan yg cukup hebat ini di alaf siber, namun apa yg lebih penting ialah doa buat agama, bangsa dan negara yg tercinta terselamat dari pengkhianat-pengkhianat negara.Sama-sama kita mohon dengan kadar yg segera ALLAH DATANGKAN KEBENARAN DAN PERTOLONGAN SERTA KEMENANGAN BESAR BUAT YG DIZALIMI DAN NEGARA YG DICINTAI, MOGA ALLAH AMPUNKAN SETIAP DOSA DOSA HAMBANYA DAN LAHIRKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YG HEBAT DIANTARA KAMI UNTUK TERUS MEMACU NEGARA DAN ISLAM KE ARAH KEGEMILANGAN YG AMAT HEBAT DI SELURUH MUKABUMI INI. AMIN, AMIN, YA ROB BAL ALAMIN. (Dalam Yasin tu kat 7x mubin sama-sama kita angkat tangan mohon perlindungan dan kemenangan besar)

Pelancaran PERKASA Daerah Daerah Negeri Terengganu


Pelancaran telah di sempurnakan pada 17 Dis 2010 Jam 9.00 malam oleh YB Dato Seri Khir Toyo ADUN Sg Panjang. Selangor.
Walaupun ini hanya lah pelancaran Daerah Daerah Negeri Terengganu yang di pimpin oleh Sdr Lukman Muda Ahli Dewan Tertinggi merangkap YDP Negeri Terangganu, tetapi tekanan yang di terima amat lah hebat sekali, Difahamkan Majlis tersebut telah di sabotaj oleh mereka mereka yang tidak senang dengan aktiviti dan perkembangan semasa PERKASA ketika ini.
Walau apa pun tahniah di ucapkan kepada PERKASA Terengganu kerana berjaya melancarkan PERKASA bagi daerah daerah jajahannya.

Ahad, Disember 19, 2010

Keluhan anak terbuang dianiaya

HATI saya amat tersentuh setiap kali membaca kisah anak-anak terbuang dan anak luar nikah. Sebabnya saya senasib dengan mereka.

"Namun bila isu buang bayi kembali terpapar di dada-dada akhbar saya cuba mencari sedikit kekuatan untuk menyelak kembali lembaran hitam yang sekian lama saya tutup rapat di sudut hati namun sakitnya masih berbisa hingga kini." Demikian cerita Mashaniza dalam e-mel panjangnya dan ketika kami berbual di telefon Selasa lalu.

"Saya dilahirkan akhir tahun 60-an. Ketika itu ibu bekerja penari di kelab malam berasal dari Pantai Timur. Nenek terpaksa tanggung malu besarkan saya. Kata nenek takkan dia nak bunuh saya pula bila ada orang tanya kenapa ibu cepat beranak sedangkan baru tiga bulan kahwin?

"Mengikut cerita, ada orang jadi pak sanggup sekadar mahu meletakkan namanya dalam surat beranak saya.

Sejarah Perkasa


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia or Perkasa is a non-governmental Malay Supremacy [1] organization that was formed by Ibrahim Ali in the aftermath of the Malaysian general elections in 2008. The major objectives for establishing Perkasa, according to Ibrahim Ali, are the "protectors of Article 153 of the Constitution of Malaysia" and to defend the rights of Bumiputera from being eroded by certain quarters.[2]Perkasa is said to be fighting and defending the rights of the Malays which they feel are being challenged by non-Malays in Malaysia.

Contents

 [hide]

[edit]Leadership

Member of Parliament Datuk Ibrahim Ali is the founder and first president of Perkasa. The other leader of Perkasa is its Deputy President Dato Fuad Hassan. [3]

Lihatlah lima realiti perubahan

Perubahan. Adakah benar masyarakat berubah? Negara berubah? Dunia berubah? Atau sebenarnya tidak ada perubahan. Apa yang dirasakan perubahan itu adalah sebenarnya pergantian manusia yang ada dalam masyarakat, negara dan dunia.

Manusia sendiri tidak berubah. Apa yang dilihat sebagai perubahan adalah proses pergantian sel-sel tubuh badannya, dari kanak-kanak, sel-selnya berganti dan jadilah ia remaja, dewasa dan akhirnya tua,

Perubahan fizikal tubuh manusia ini menyebabkan seseorang itu dirasakan berubah. Dari lemah ketika kanak-kanak, menjadi kuat semasa dewasa, dan selanjutnya lemah ketika tua.

Keadaan fizikal inilah yang menyebabkan manusia itu dilihat sebagai berubah. Perangainya, kelakuannya dan bagaimana ia berinteraksi dengan alam sekelilingnya. Tetapi apa yang tidak menerima kesan daripada perubahan sel itu, maka ia tetap seperti itu.

Antara sejarah, setia dan bakat

MALAYSIAINSIDER dan beberapa akhbar bukan Melayu, bertungkus lumus mendapatkan "fakta" dengan "menemubual" rakyat Malaysia bukan Melayu yang bekerja di luar negara. Seperti biasanya taktik mereka, komen-komen yang negatif terhadap Malaysia dilemparkan, seperti ketidakadilan sosial, keburukan dasar kerajaan dan berbagai lagi komen negatif yang menyakitkan.

Terbaru, akhbar The Sun menemubual dua orang ahli sejarah bukan Melayu, tanpa mendapatkan maklum balas daripada ramai lagi sejarawan Melayu mengenai buku teks sejarah sekolah menengah yang dikatakan telah "diselewengkan" faktanya, terutama berkaitan sumbangan bukan Melayu. Persoalan saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan, kenapa tidak sejak dahulu lagi sebelum 2008? Apakah subjek sejarah itu hanya bercakap soal sumbangan kaum semata-mata? Bagaimana dengan fakta-fakta teras sejarah sesebuah negara?

Di mana salahnya ketuanan Melayu?

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba.

Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.

Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS