Kecantikkan adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk di bicarakan, tetapi untuk kelihatan cantek adalah perlu untuk meyakinkan diri bila berhadapan dengan orang ramai, apa tah lagi jika kita ini terdiri dari gadis gadis yang aktif, “Selain berpakaian keterampilan wajah juga perlu” kata Cik Zairah Jaafar Ketua Wirawati PERKASA, ini lah yang membuat Wirawati PERKASA menganjurkan satu sesi yang di panggil “Bengkel Penampilan Diri WIRAWATI” dengan kerja sama pengeluar kosmetik De’WAJAH.
De’WAJAH telah menampilkan khas dua orang juru solek mereka khusus untuk memberi penerangan berkenaan dengan hal hal kecantekkan dan persolekan wajah yang diketuai oleh Puan Fariza dan dibantu oleh Cik Lin.
Beberapa orang Ahli Wirawati telah turut mengambil bahagian untuk menjadi model solekan, yang keputusan diakhir solekan tidak menghampakan perserta yang di solek secara percuma ini. ( untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk De’WAJAH sila ikuti iklan di laman web pribumiperkasa.com atau terus melayari www.dewajah.com).
Adalah lebih baik jika dilain masa sekiranya aktiviti saperti ini ingin di adakan lagi, Dapatlah sekiranya diadakan di komplek membeli belah disekitar bandar atau pun Negeri Negeri yang mana kerja sama dengan AJK Wirawati Negeri dapat dijalinkan, selain memperkenalkan PERKASA dapat juga mempromosikan produk De’WAJAH
YB Dato Ibrahim Ali Presiden PERKASA telah meluangkan masa singgah ke aktiviti Penampilan Diri Wirawati ini sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Warisan Selayang bagi menghadiri majlis Penutup dan memberi hadiah perlawan Futsal piala YDP PERKASA Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan