salam

Selasa, Disember 14, 2010

INGATLAH WAHAI MELAYU

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang masih setia mengikuti laman blog ini. Hari ini, sekali lagi saya ingin menulis mengenai ancaman terhadap Melayu oleh orang Melayu sendiri tetapi dari konteks yang sedikit berbeza dengan tulisan saya sebelum ini.

Polemik ini telah berlalu dengan begitu panjang, terutamanya apabila ia menjadi isu politik atau sengaja dipolitikkan. Hakikatnya, adalah sesuatu yang amat memalukan apabila orang Melayu sendiri mempertikaikan mengenai Melayu atau seumpama dengannya.

Kita bukan rasis tetapi apa yang kita cakapkan adalah fakta yang benar. Di negara kita, Melayu telah menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. Kedaulatan Melayu tidak boleh dipertikaikan lagi walau dengan apa pun. Hakikatnya Melayu telah menjadi pelindung kepada bangsa-bangsa lain adalah hal yang sangat penting untuk diikuti. Justeru, tidak harus lagi adanya polemik kononnya akan ada satu bangsa yang tertindas kerana yang menjadi tunjangnya Melayu.

Ia telah dikelirukan dengan begitu hebat. Diberikan dengan pelbagai persepsi yang salah serta jauh tersasar.  Hari ini, kita sangat dukacita dengan segelintir orang Melayu sendiri yang cuba memperlekehkan bangsanya sendiri. Oleh kerana itu, orang Melayu harus memberikan perhatian serta mendengar peringatan yang dititahkan oleh Raja-Raja Melayu agar tidak ada lagi yang sengaja mempertikaikan mengenai kepentingan Melayu atau pun merendah-rendahkan kepentingan orang Melayu.

Bagi saya, ia merupakan satu peringatan yang sangat penting untuk kita semua renungkan. Saya pasti, bahawa setiap orang Melayu mempunyai perasaan keMelayuannya yang tersendiri. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang tergamak melacurkan kepentingan bangsanya demi mencapai kepentingannya sendiri.

Sama-samalah kita fikirkannya.

by: YB Nasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS