Sedar atau tidak, 'permainan krisis' atau 'skandal' Menteri Rogol Amah kini sudah terbalik. Nampaknya para blogger pro-UMNO sudah berperang sesama sendiri dan saling tuding-menuding jari menyalahkan geng-geng di dalam dua kumpulan yang berasingan iaitu ELITIS dan NYAMUK!!!
Di sinilah letaknya kebijaksanaan dan syncronization antara pemimpin Pakatan Rakyat dan Blogger Pakatan Rakyat yang perlu dipandang, dilihat dan dipelari.
Perlu diingat, golongan pertama yang menamakan RAIS YATIM sebagai Menteri Perogol Amah, bukan dari kalangan BLOGGER PRO-UMNO, sebaliknya dilakukan oleh blogger pro-Pakatan Rakyat. Bahkan pencetus pertama berita ini, ROCKY BRU tidak menamakan sesiapa pun, bahkan sekadar menulis atas 'khabar angin tentang WIKILEAKS' bukannya bersumber daripada WIKILEAKS sendiri.
POSTING MENTERI ROGOL AMAH: KENAPA RAIS DAN JOHARI BAHAROM?ada memperkatakan tentang perkara ini dan menunjukkan dua contoh bagaimana kedua-dua nama VIP berkenaan disebut tanpa berselindung berdasarkan laporan bocor yang disiar dengan nama yang dipadamkan tetapi 'DAKWAT KDN' dikatakan tidak dapat menghilangkan nama berkenaan daripada penglihatan...
Perhatikan bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat begitu bijak mengambil kesempatan dengan terlibat secara langsung dan terus menuduh RAIS YATIM adalah MENTERI yang dimaksudkan. Ada yang membuat laporan polis sekalipun mereka sendiri tidak pasti. Ada yang segera mengeluarkan kenyataan. Malah ada yang segera menggesa Rais Yatim agar menyaman Blogger terbabit.
Umpan yang dimakan ternyata telah dimakan dan ditelan. Malangnya si pemancing pula dan rakan-rakannya pula terlalu teruja sehinggakan nampak 'ikan-ikan lain' untuk dipancing dan dimusnahkan...
Cubalah belajar daripada BUDAK-BUDAK PAKATAN macam mana nak SPIN ISSUE agar berpihak kepada mereka sekalipun memang terlalu jelas, mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan dalam isu tersebut!!!
House PK: Ini Luahan The Flying Kick, seorang blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia maya ni! Wahai bloggers yang baru dan yang lama dengarlah nasihat dia! Janganlah kita kategorikan blog kita ni semua!
Bagi aku tidak ada blogger elitis dan blogger nyamuk! Apa yanga da hanyalah sesetengah manusia yang tak puashati kemudian menghasut orang lain suoaya menyokong dia! Tak elok macam tu! Kalau tak faham isu, jangan melompat! Kasi bikin malu je beb!
Kalau kita dah mula kastakan blogger-blogger ni kang dah jadi macam faham-faham je la kan! Masing-masing ada peranan, tak perlu nak melompat! Be cool! Dan aku percaya korang boleh nilaikan sendiri pihak mana yang suka melompat dan pihak mana COOL je..
Jadilah matang sikit...Posted by House PK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan