salam

Selasa, Januari 25, 2011

DAP SARAWAK TOLAK MALAYSIA NEGARA ISLAM

DAP Sarawak dalam resolusinya sempena Konvensyen DAP Sarawak Ke-15 yang diadakan pada 23 Januari 2011 bertempat di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Kuching telah mengemukakan 29 Resolusi untuk dikemukakan kepada DAP Pusat dan digunapakai DAP Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Resolutions of the 15th DAP Sarawak Convention this morning at DAP Headquarters Kuching, 23-01-2011.

1. Reaffirm the DAP’s struggle for a democratic, clean and fair government through constitutional means.
2. Oppose any political view and policy which has the tendency to change the secular nature of Malaysia into an Islamic State.
Mengikut keutamaan, resolusi utama DAP Sarawak ialah menolak pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apakah reaksi PAS terhadap kenyataan DAP Sarawak yang selama ini memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam?

PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Pembangkang. Walau bagaimanapun, Pakatan Pembangkang kini dilihat tidak lagi relevan dengan hak dan perjuangan rakyat. Ini disebabkan Pakatan Pembangkang kini hanya memperjuangkan hak dan kepentingan individu atau seseorang untuk mendapatkan kuasa. Kuasa yang akan menentukan segala-segalanya.

Sebelum pembentukan Pakatan Pembangkang, PAS dengan ideologi politik bertopengkan agama Islam, PKR bertunjangkan pembebasan Anwar Ibrahim dan DAP yang memperjuangkan dasar liberal Malaysian Malaysia. Namun, atas kepentingan politik, mereka sanggup bersekongkol demi mendapatkan kuasa.

PKR sekarang ini dilihat tidak lagi diterima rakyat. Perjuangan mereka selama ini yang berlandaskan keadilan rakyat telah terpesong jauh. PAS pula mempergunakan agama Islam sebagai tiket untuk mendapatkan sokongan, tetapi telah jauh terpesong daripada ajaran sebenar Islam. DAP terkenal dengan sikap rasisnya yang membenci Islam.

Hakikat ini dapat dilihat dalam kempen pilihan raya. Pemimpin PKR dan DAP tidak segan silu mempergunakan Islam dalam setiap sesi ceramahnya dalam menarik perhatian rakyat terutama pengundi Islam. Kononnya pemimpin Pakatan Pembangkang peka dengan ajaran Islam. Tidak cukup membaca ayat-ayat al-Quran dan mentafsirkan maksud al-Quran dengan sewenang-wenangnya, kini telah mengucapkan ‘assalamualaikum’ tanpa segan silu. Di manakah pemimpin PAS yang memperjuangkan agama Islam?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS telah dibutakan oleh DAP dan PKR? Adalah tidak mustahil, kerana PAS dalam Pakatan Pembangkang boleh dibayangkan sebagai ‘penumpang’ atau adik bongsu yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS