Pelihara adab bidas kritik Dr Mahathir
SAYA amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.
SAYA amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.
Memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar.
Namun, setiap manusia ada kelemahannya. Saya amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir. Malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya “orang tua yang nyanyukâ€.
Pada hemat saya, walaupun jika kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah kita menggunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.
Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.
Beliau dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan pemerintah (NGO) dari Bosnia, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.
Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut.
Tambahan pula, saya rasa tidak adil bagi Encik Ishak (BH, 15 Januari) mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir: tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?
Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia. Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam.
Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri.
Walid Jumblatt Abdullah. Baca disini: http://cyberita.asia1.com.sg/mforum/story/0,6879,180423,00.html?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan