West Aussie Malay berkata,
Sebenarnya bukan Melayu sahaja tertindas, malah semua kaum termasuk Cina, India dan kaum lain juga, asalkan tidak menyokong PAP, pasti ditindas dan digertak dengan saman, bankrupsi dan masuk jel.
Jika tidak percaya, masuk lah ke Singapura, tanya rakyat jelata, hidup mereka sangat susah, kos sara hidup di Singapura amat tinggi. Pemandu-pemandu teksi, baik Cina atau Melayu, adalah golongan yang paling jujur untuk berkongsi pengalaman pahit maung hidup di sana menyara keluarga dan diri sendiri. Ramai yang terpaksa membuat dua pekerjaan.
Yang berpendapatan rendah dan kurang mampu akan kekal bermastautin di bumi Temasik Sang Nila Utama ini.Yang mampu berduyun-duyun berhijrah ke luar negara, semua bangsa, India, Melayu dan Cina. Yang tidak tahan stress ramai mengambil nyawa sendiri. Suku sakat keluarga pemerintah republik itu sendiri pernah memohon PR negara benua terkecil dunia, namun Camberra sendiri menolak.
Polisi 'buang Melayu dahulu dan ambil terakhir' dalam pekerjaan, amat benar semasa kegawatan ekonomi di sana Singapura. Apa tidaknya, salah satu syarat memohon banyak kerja perlu fasih berbahasa Mandrin!
Setakat ini hanya 1 sahaja juruterbang Melayu di dalam tentera udara Singapura, itu pun memandu pesawat pengangkut sahaja. Tiada seorang pun orang Melayu berkhidmat di dalam pasukan Komando mereka. Ini adalah hakikat. Kalau bukan penindasan mahu disebut apa, perkauman?
Namun, semua rakyat jelata Singapura hanyalah manusia biasa. Yang membuat mereka tertindas ialah polisi pemerintah. Islam masih hidup di sana, masjid tetap banyak dan mencukupi. Semasa pembinaan masjid baru di satu kawasan, penduduk Islam di situ bersolat hari raya di padang terbuka buat beberapa tahun. Ini lah bukti tahap keimanan tinggi kaum Islam di sana. Tak perlu saya sebut kawasan dan tahunnya, tapi saya ada di sana ketika itu, walau pun saya bukan rakyat Singapura. Solat terawih di bulan Ramandan tetap penuh hingga ke hujung bulan berkenaan.
Kenyataan Tun Dr Mahathir itu betul tetapi mungkin terlalu pahit untuk diterima pihak berkenaan.Walau bagaimana pun saya tetap mengkagumi 'will for survival' kaum Melayu Islam Singapura, rata-rata mereka peramah dan punya jati diri yang tinggi.
Pasti ada pengajaran untuk rakyat Malaysia semua kaum, untuk dipelajari dari keadaan di Singapura, ternyata kita yang hanya sibuk bertelagah sesama sendiri di Malaysia, tidak kira bangsa, termasuk Melayu sesama Melayu, sedarah dan keturunan serta seagama.
Salam dari perantauan,
WestAussieMalay
Tiada ulasan:
Catat Ulasan