salam

Selasa, Februari 01, 2011

Surat kepada PM Singapura

31 Januari 2011
YAB Lee Hsein Loong
Perdana Menteri Singapura
Istana Annexe
Singapore
Email : lee_hsein_loong@pmo.gov.sg

Encik Lee Hsein Loong,
Saya merujuk kepada laporan di Berita Harian, “PM: Pendirian pemerintah tak sama MM Lee” dan akhbar Straits Times, “ Muslims have done much to integrate, says PM” Keduanya keluaran Isnin, 31 Januari 2011.

Saya tidak dapat menerima penjelasan anda bahwa kenyataan bapak anda MM Lee Kuan Yew mengenai masyarakat Melayu Singapura adalah pandangan peribadi beliau. Saya berpendapat walaupun kenyataan MM Lee tidak sama dengan pemerintah Singapura (sepertimana anda jelaskan) tapi ianya serupa.
Encik Lee Kuan Yew dilantik sebagai Menteri Pembimbing. Tugas utama beliau adalah untuk memberikan pendapat dan membimbing pasukan anaknya iaini Encik sendiri dan para anggota kabinet yang lainnya. Oleh yang demikian maka adalah amat sukar untuk mempercayai pandangan yang diutarkan oleh MM Lee adalah pandangan peribadi beliau. Penjelasan anda sepertimana di laporkan oleh media saya sifatkan sebagai permainan catur politik.
Mari kita imbas kembali larangan pemerintah kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura yang ada hubungannya dengan pegangan ugama Islam di Singapura. Larangan pemerintah melarang pelajar perempuan Melayu/Islam memakai tudung di sekolah sekolah. Larangan pegawai perempuan Melayu/Islam beruniform seperti kastam, imigresen, polis memakai tudung dan juga jururawat semasa menjalankan tugas. Tidakkah ini semuanya permulaan bagi masyarakat Melayu Singapura melonggarkan pegangan agama mereka secara sistematik? Jadi apa yang diutarkan oleh MM Lee adalah suara hati pemerintah Singapura.
Kalau anda benar menyatakan bahwa pandangan tersebut merupakan pandangan peribadi ayah anda, maka kabinet yang diketuai oleh anda harus mengambil tindakan terhadap MM Lee Kuan Yew. Saya mencadangkan empat pilihan dalam menangani hal ini.
Pertama : MM Lee harus minta maaf secara terbuka kepada masyarakat
Melayu/Islam Singapura
Kedua : Mengambil tindakan discipline dengan menggantung tugas MM Lee

Ketiga : Mengarahkan MM Lee meletakkan jawatan secara terhormat.
Keempat : Tidak mencalonkan beliau dalam pilihan raya akan datang.

Jika pemerintah anda bertindak atas salah satu daripada empat pilihan yang dinyatakan diatas, maka saya yakin dan percaya pandangan MM Lee mengenai masyarakat Melayu seperti yang dilaporkan sebagai pandangan peribadi beliau.
Saya percaya masyarakat Melayu/Islam yang lain di Singapura juga berpendapat seperti saya tetapi mereka takut berbuat sedemikian atas sebab sebab yang anda lebih mengetahuinya.
Terima kasih
Yang benar
Mansor Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS