salam

Khamis, Februari 10, 2011

Yayasan Selangor Diterajui Seorang Bankrap - Bukti Terbaru Penyelewengan MB Selangor

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini ingin mendesak Menteri Besar Selangor membersihkan Yayasan Selangor dari individu bankrap yang masih berkhidmat dalam pengurusan kanan dalam Yayasan tersebut.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Yayasan Selangor ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin di negeri ini dan sewajarnya kerajaan negeri melantik mereka yang amanah dan mempunyai intergriti dalam menguruskan yayasan ini.

”Melantik seorang bangkrap untuk berkhidmat adalah bertentangan dengan Akta Kebangkrapan 1967. GAPS berpendapat kerajaan negeri seharusnya melantik anak Melayu Selangor yang berpotensi dan berpengalaman luas dan bukan dari kalangan kroni atau mereka yang bangkrap.
Kenapa kerajaan Khalid Ibrahim terlalu laih dalam soal intergriti yang selama ini menjadi modal menyerang lawan dalam mana-mana kempen pilihanraya? GAPS difahamkan individu berkenaan dikaitkan dengan notis kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang melibatkan sebuah bank tempatan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Ujarnya, perlantikan individu seperti ini juga adalah satu contoh dan bukti apa akan terjadi terhadap institusi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jika kuasa perlantikan itu diberikan kepada Menteri Besar.
”Jikalau perlantikan pengurusan kanan Yayasan Selangor pun sudah kacau bilau, bagaimana rakyat boleh percaya kepada MB jika kuasa melantik SUK diberikan kepada nya? Tentu akan bobrok lah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan,” tambahnya lagi.

1 ulasan:

  1. 5 best solo titanium razor razors in the US - TITIAN ART
    the highest quality, with only the titanium lug nuts best features titanium apple watch possible! The Merkur titanium cerakote Progress is microtouch solo titanium a lightweight, 3-piece double edge safety razor which allows you to  Rating: 5 titanium mig 170 · ‎9 votes

    BalasPadam


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS