salam

Selasa, Disember 07, 2010

Perkasa Akhirnya Ada Akhbar Sendiri


Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".

Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar bersaiz tabloid dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Perkasa bukan alat parti politik: Ibrahim Ali

SATURDAY, 18 SEPTEMBER 2010 


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpinnya itu tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.

Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan taklimat kepada jentera petugas Perhimpunan Rakyat yang dijangka dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 September ini, katanya tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau Barisan Nasional (BN) tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.

"Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara,"katanya.

Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.

Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1Malaysia.

Kenapa MCA Salahkan Perkasa???

THURSDAY, 29 APRIL 2010 


Perkasa ditubuhkan selepas PRU-12. Keputusan pada PRU itu majoriti kaum cina mengundi pembangkang, sebab itu juga majoriti pemimpin kaum cina kalah. Akibat kekalahan itu, Pulau Pinang Jatuh, Perak Jatuh, Selangor jatuh, Kedah Jatuh.


PRK Bukit Gantang yang diadakan selepas PRU juga menunjukan kaum cina menolak BN. Semua PRK selepas PRU-12, kaum cina menolak BN. Terakhir di Hulu Selangor pun kaum cina menolak BN.

Rekod ini menunjukkan bahawa parti-parti yang berasaskan kaum cina ditolak oleh kaum mereka sendiri. Parti-parti itu seperti MCA dan Gerakan tidak mampu lagi menarik kaum mereka.

Perbalahan dalaman parti kaum cina terutama MCA menggambarkan kelemahan parti itu. Sepatutnya para pemimpin parti ini menilai dan bercermin sendiri, kenapa kaum mereka menolak parti yang berasaskan kaum mereka sendiri.

Memang benar, parti Umno, MIC mengalamai kemerosotan semasa PRU-12, namun selepas itu, kaum melayu dan india mula menyokong semula. Di mulai di PRK Manek Urai, kaum melayu kembali menyokong Umno, Bagan Pinang, Kaum melayu dan India kembali menyokong BN, di Hulu Selangor, kaum melayu kembali kepada BN,khususnya Umno, demikian juga kaum india kembali kepada BN atau MIC. Namun kaum cina samasekali belum kembali kepada MCA ataupun Gerakan.

Disebabkan kaum cina belum kembali menyokong MCA, maka Presdien MCA Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa, kononnya atas desakan Perkasa agar peruntukkan untuk kaum cina dikaji semula, memandangkan kaum itu tidak menyokong kerajaan.

Perlu ingat, kaum melayu terlalu ramai yang memerlukan bantuan dan pembelaan kerajaan. Masih terlalu ramai kaum melayu berada dalam kemiskinan. Kaum melayu yang miskin bergantung harap kepada pembelaan kerajaan, kerana itu di pendalaman, BN mendapat sokongan padu.

Perkasa hanya memberitahu kerajaan, utamakan rakyat yang memerlukan bantuan, utamakan rakyat yang menyokong kerajaan baik dasar dan perancangan kerajaan.

Salah kah Presiden Perkasa berkata demikian? Jangan nafikan fakta, jangan sorokan fakta. Melayu dan bumiputra perlu dibela,kerana itu ianya menjadi perjuangan Perkasa.

Perkasa bukan ultra melayu, Perkasa hanya memperjuangkan hak-hak melayu dan bumiputra sepertimana terkandung dalam perlembagaan.

Perkasa tidak akan wujud, jika hak-hak Melayu dan bumiputra sejak akhir-akhir ini dipersoalkan. Perkasa berdiri teguh kepada haknya, Perkasa berdiri Teguh bercerai roboh terhadap pembelaan hak melayu dan bumiputra.

Perkasa tidak mempersoalkan hak kaum lain sepertimana termaktub dalam perlembagaan. Demikian juga, Perkasa tidak mahu kaum lain mempersoal hak kaum melayu dan bumiputra.

Tolak ansur antara kaum ini telah wujud sekian lama. Namun akibat kehadiran parti-parti politik dan individu yang menjadi petualang dalam negara, maka tolak ansur itu tercemar dan menghampiri perpecahan.

Merebut kuasa dengan cara extrem adalah perjuangan para parti Pembangkang terutama DAP-PKR. Parti-parti menghalalkan semua cara demi merebut kuasa termasuk pembohongan gerakan 16 september 2008 oleh pemimpin Umum PKR Anwar Ibrahim.

Kepada MCA jangan salahkan Perkasa... salahkan diri sendiri kerana diri anda sendiri lah yang menyebabkan kaum anda menolak parti anda. 

Kepada Chua Soi Lek.. jangan kambing hitamkan Perkasa.. tengok muka sendiri.. tengok kiri dan kanan; depan belakang, siapa kah anda.

Kenapa Umno Benci Perkasa??

FRIDAY, 17 SEPTEMBER 2010

Mesyuarat Barisan Nasional (BN)baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor telah mencapai persetujuan untuk menjauhi PERKASA.


Berita Harian pada 9 September 2010 melaporkan “BN dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.



Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA”.



Namun apa yang menjadi persoalan ialah kenapa perlu mesyuarat sebegitu bagi membincangkan tentang PERKASA?



Kenapa BN tidak mengadakan mesyuarat yang sama untuk mencari keputusan terhadap cauvinis Cina?



DAP misalnya melalui kenyataan Dr. Chen Man Hin, Penasihat Seumur Hidup DAP yang mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya mengutungkan ahli perniagaan UMNO walhal Hak Milik ekuiti tahun 2006 seperti yang dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-9 menunjukkan sebanyak 42.4% dimiliki oleh kaum Cina, kaum Bumiputera hanya 19.4%, India 1.1% lain-lain 37.1%.



Pemilikan Harta Bukan Kewangan tahun 2007 pula menunjukkan kaum Cina memiliki harta bukan kewangan (bangunan, kilang, kedai etc) sebanyak 76.1%, manakala Bumiputera hanya 15.0%, India 3.8% dan lain-lain 5.1%. Jika dibandingkan dengan majoriti Bumiputera yang mewakili 66% penduduk Malaysia maka jelaslah mereka masih jauh ketinggalan. Man Hin turut menyalahkan dasar afirmatif yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.



NGO-NGO Cina seperti Su Qiu, Jiao Zong, Guangdong, Guangzi, Fuzhou, Sanjiang pula saban hari membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum umpamanya 83 tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan Cina Malaysia yang dikemukakan sebelum pilihanraya umum 1999 yang antara lain memansuhkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam semua bidang, hapuskan sistem kuota berasaskan kaum, batalkan rancangan Sekolah Wawasan, sediakan kelas bahasa ibunda dalam kurikulum formal sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya 5 pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah, hapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti, beri layanan yang adil kepada badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, pengembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan dan lain-lain.



Tuntutan-tuntutan tersebut adalah mencabar Perlembagaan dan orang Melayu yang jelas boleh menganggu keharmonian Negara. Sebahagian tuntutan tersebut telah dipenuhi oleh Kerajaan seperti menghapuskan sistem kuota bagi kemasukan ke universiti. Sebahagian tuntutan yang lain dilihat tidak melampau dan boleh dibincangkan demi kemajuan Negara keseluruhannya.



Sejak akhir-akhir ini MCA dan GERAKAN juga turut terlibat, umpamanya kenyataan Soi Lek yang menyokong cadangan resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. MCA seakan sudah menjadi juru cakap kepada cauvinis Cina.



Kenapa mereka bebas menyuarakan tuntutan yang sebahagiannya menguris hati kaum Bumiputera dan menyalahi Perlembagaan Persekutuan? Malah MCA dan GERAKAN yang merupakan parti komponan BN turut bersama-sama menyokong tuntutan NGO-NGO Cina tersebut.



Malah tindakan MCA yang membangkitkan isu sensitif dengan menggunakan media massa seperti yang dilakukan oleh Soi Lek tentang cadangan agar dihapuskan ekuiti Bumiputera sebanyak 30% telah memberi gambaran seolah-olah UMNO dan BN sudah tidak berfungsi dan semangat permuafakan yang selama ini diagung-agungkan oleh UMNO sudah ketinggalan zaman. Atau kalau ada permuafakatan pun dalam BN hanyalah untuk menghimpit Melayu.



Ada pendapat menyatakan tindakan menghebahkan dalam media massa merupakan muslihat MCA untuk meraih pengundi Cina, namun mereka sepatutnya tidak bertindak hanya untuk menguntungkan parti mereka semata-mata sebaliknya dalam masa yang sama menjejaskan imej UMNO yang dilihat seperti sudah kecut telur terhadap parti-parti komponen BN. Ditambah pula dengan tindakan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan UMNO bagi menjauhi PERKASA.



MCA, GERAKAN dan NGO-NGO Cina tanpa berselindung menyatakan perjuangan bagi kaum mereka yang secara terang-terangan akan menjejaskan hak orang Melayu dan Bumiputera yang dilindungi oleh perlembangan persekutuan.



Mereka seolah-olah kebal manakala UMNO pula seperti kena pukau sehinggakan mereka berani mengulang tayang tuntutan mereka yang tidak munasabah.



Ada yang berpendapat, UMNO bukan dipukau tetapi telah disedut telur mereka oleh MCA dan GERAKAN menyebabkan mereka dilihat seolah-olah pengecut dan boleh diperkotak-katikkan oleh rakan sendiri.



Tuntutan cauvinis Cina sebelum pilihanraya 1999 langsung tidak dilihat akan mengurangkan undi orang Melayu terhadap BN tetapi sebaliknya pula yang dilihat terhadap kes PERKASA.



Adakah mereka nak menyatakan orang Melayu bodoh dalam berpolitik? Orang Cina tuntutlah apa saja namun orang Melayu tetap mengundi BN? Keputusan pilihanraya 1999 bukti orang Melayu bukan bodoh dan mampu menterjemahkan kemarahan mereka melalui undi. Memang pada masa itu terdapat kes-kes lain yang turut mempengaruhi undi seperti kes Anwar Ibrahim, namun sedikit sebanyak menunjukkan kes tuntutan juga terlibat.



UMNO sepatutnya bersyukur dengan kewujudan PERKASA dikala mereka tidak mampu menandingi NGO-NGO Cina yang mendapat sokongan kuat MCA dan GERAKAN.



Memang PERKASA mendapat perhatian orang Melayu, namun mereka bukan parti politik yang boleh menandingi UMNO. UMNO dilihat terikut-ikut melayan kehendak MCA dan GERAKAN dengan menuduh PERKASA bersifat rasis.



Pernahkah kita dengar PERKASA menuntuk agar ditarik balik kerakyatan orang Cina dan dihalau ke laut kerana mereka membolot dan meratah harta kekayaaan negara? 



Pernahkah PERKASA menuntut agar harta kekayaan orang Cina dirampas dan diberikan kepada orang miskin agar Bumiputera yang mewakili 66% komposis rakyat Negara mendapat pengagihan ekuiti yang sepatutnya ?



Pernahkah PERKASA menuntut agar KTAR dan UTAR yang mempunyai lebih 90% pelajar Cina agar ditutup kerana tidak adil apabila hanya mengambil pelajar Cina di universiti tersebut?



Pernahkah kita dengar PERKASA menuntut agar sekolah Cina dan India ditutup walaupun hakikatnya kewujudan sekolah tersebut telah memecah-belahkan rakyat mengikut kaum?



Pernahkah kita dengar PERKASA menuntut agar orang Cina yang tidak pandai berbahasa Melayu diwajibkan mengambil kelas bercakap bahasa Melayu sehingga pandai. Walaupun Jabatan Perangkaan terpaksa mengupah penterjemah bahasa Cina dalam gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Ramai juga yang tidak memberikan kerjasama dan 70% daripada mereka adalah orang Cina.



Apa yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah untuk mempertahankan hak Bumiputera yang dilindungi Perlembagaan dan bukannya menuntut yang bukan-bukan.



Sekurang-kurangnya kehadiran PERKASA boleh mengimbangi cauvinis Cina yang telah lama wujud dan asyik menanti peluang untuk menikam dari belakang. 



Kita selalu menuduh orang Melayu terlalu beremosi dan orang Cina lebih matang dalam berpolitik.



Sedar atau tidak propaganda mereka telah mengena dan orang Melayu sendiri yang akan membunuh Melayu akhirnya.



Akhir-akhir ini telah wujud segelintir Melayu yang kononnya mereka lebih terkehadapan dalam demokrasi dan lebih maju dalam segala hal. Mereka ini lah yang sedang dilatih untuk menjadi pejuang bagi meruntuhkan Perlembagaan Malaysia suatu hari nanti.



UMNO sepatutnya bersifat neutral dalam hal ini, selagi PERKASA wujud atas landasan undang-undang dan tidak mengucar-kacirkan Negara. 



Jangan kerana hendakkan undi orang Cina, orang Melayu pula diletak dibelakang seolah-olah kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Perkasa Lantang Kerana Melayu Sudah Bangkit: Ibrahim Ali

SUNDAY, 4 JULY 2010


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempertahankan artikel kontroversi bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” terbitan edisi sulung Suara Perkasa, yang muncul di pasaran Khamis lalu, dengan mendakwa mereka tegas kerana “orang Melayu sudah pun bangkit” sekarang.


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, kata-kata menggesa kerajaan menahan pemimpin-pemimpin Melayu sudah lama dikeluarkan oleh bukan Melayu sejak selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.



“Kami ada merakamkan banyak kenyataan, rencana, dan ucapan oleh pembangkang, bukan Melayu, blogger dan yang lain. Kini orang Melayu sudah pun bangkit (menuntut hak mereka),” kata Ibrahim (gambar atas) dalam satu kenyataan media semalam.



Khamis lalu, Kementerian Dalam Negeri memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”.



Pertemuan hampir sejam tersebut bermula pukul 5 petang dan dihadiri Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad, Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd Samad.



Suara Perkasa akan dipanggil sekali lagi pada Isnin ini.



Dalam komennya pada Jumaat brahim berkata, beliau sanggup untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — jika didapati menjadi mudarat kepada keselamatan negara.



Sehubungan itu dalam kenyataan semalam Ibrahim menegaskan, Perkasa bertindak tegas dalam isu semasa berdasarkan pengalaman-pengalaman pihaknya sepanjang dua tahun lalu.



“Seorang perwakilan MCA dari Perak pernah meminta kerajaan agar menahan (Ketua Pemuda Umno sekarang) Khairy Jamaluddin di bawah ISA, pada Oktober 2008.



“Seorang pemimpin Wanita Gerakan juga pernah menggesa agar (bekas Ketua Umno Bukit Bendera ketika itu), Datuk Ahmad Ismail juga ditahan di bawah ISA. Ada aduan polis dibuat di Bagan Serai minta Datuk Nasir Safar (bekas pegawai khas Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA.



“Banyak kenyataan dibuat menyinggung orang Melayu sebelum ini... malah, (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr) Wee Ka Siong sendiri pernah mengecam Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan oleh MPM (baru-baru ini),” katanya lagi.



Ibrahim menyenaraikan kes-kes lain termasuk serangan terhadap ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memetik ucapan sejarah beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor manakala Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikritik kerana sekadar mencium keris dan tidak “menikam sesiapa pun.”



Ibrahim dilihat lantang bersuara dengan ada yang mengelarkannya sebagai “ultra Melayu” dan bertindak sedemikian sejak menubuhkan Perkasa akhir 2008.



Perkasa mengeluarkan akhbar Suara Perkasa, yang dijual RM2 senakhah bermula Jumaat.

Islam jadi beg tinju bukan islam di negara ini

Karpal Singh terkenal dengan kata-kata "dead over my body", ada setengah pemimpin gerakan mengatakan bahawa islam adalah arogant dan bersifat militant, dan kini MCA kata pula islam penyebab sesebuah negara itu tidak progresif, rasuah, miskin dan terbelakang.


Kenyataan MCA melalui presidennya semasa konvensyen tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star itu malah disifatkan oleh wakil rakyat bebas Zulkefli Noordin sebagai kurang ajar dan sifat orang berfikiran dangkal.


Sementara itu Anwar Ibrahim menyifatkannya sebagai amat malang dan kurang arifnya presiden MCA tersebut terhadap islam.


Bagi AYT kenyataan Chua Soi Lek itu mirip ke arah sikap cauvinis dan prejudis terhadap islam dan umat islam.


Sejak akhir-akhir ini islam seolah-olah sebagai beg tinju bagi pemimpin bukan islam. Islam menjadi barang belasahan ekoran merosotnya sokong kaum mereka terhadap mereka dan parti yang mereke terajui.


Membalasah islam dianggap sebagai penyelamat bagi mereka dengan harapan kaum mereka akan menyokong semula kerana kononya mereka kini telah anti islam.


Soi Lek telah merancang islam sebagai beg tinjunya. Bermula dengan dakwaannya bahawa islam menyalahgunakan kalimah ALLAH, kemudian mempertikaikan parti Umno dan Pas dalam meneggakkan islam.


Malahan AYT melihat akhir-akhir ini pimpinan politik bukan Islam-Melayu gemar memainkan isu menyentuh Islam ataupun hak istimewa Melayu untuk meraih sokongan bukan Islam-Melayu.


Seolah-olah menjadi satu kegilaan dikalangan mereka menjadikan "Islam bashing" sebagai "political lifeline" untuk mereka. Daripada Guan Eng, kepada Koh Tsu Koon, sekarang menular kepada Soi Lek, "Islam bashing" ini dah jadi satu favorit past-time untuk mereka.


Adalah sangat bahaya pendekatan pimpinan politik bukan Islam-Melayu ini, tidak kira dari parti mana mereka, supaya jangan cuba bermain dengan api! Jangan tutup kelemahan kalian dengan menjadikan kami umat Islam sebagai "political punching bag" .

Kami umat Islam memang diajar supaya sentiasa menghormati orang lain, termasuk bukan Islam. Tapi janganlah sikap tolak ansur kami dan kesabaran kami diambil kesempatan sehingga kamu bersikap kurang ajar dan biadap terhadap kami. Kerana bila kesabaran kami melangkaui garisan tolak ansur menasabah, kalian pasti akan menyesal dengan kebodohan dan kebiadapan kalian itu.


Kepada pemimpin bukan islam yang menjadikan islam sebagai beg tinju supaya menghentikan serta merta sikap cauvinis dan "Islam bashing" tersebut.


AYT mendesak agar parti BN menegur pemimpin bukan islam dibawah naungan BN seperti Chua Soi Lek atau mengambil tindakan keras terhadapnya. 


Bagi AYT, pemimpin seperti Soi Lek tersilap baca, membelasah islam tidak akan mengembalikan sokongan kaum anda terhadap parti anda. Parti anda ditolak bukan kerana islam, parti anda ditolak kerana perbuatan anda sendiri, rakan anda seperti Tun Ling Liong Sik dan yang lainnya.


Satu peringatan kepada Chua Soi Lek, Islam adalah majoriti di negara ini, salah kah kami bersatu, demi maruah dan menyelamatkan agama kami?


Jangan tersalah menilai wahai Chua Soi Lek!!!

Majlis Fatwa mahu bukan Islam henti peralat ayat al-Quran


SEPANG 4 Dis. – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.
Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.
”Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.
”Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah ‘sad zaraik’ iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.
”Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.
Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.
Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS