KUANTAN, 12 Feb (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia Sabtu selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kerdau akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.



