PERKASA amat lega dan Menjujung Duli keatas Titah KDYMM Sultan Perak , KDYMM Sultan Pahang ,KDYMM Sultan Johor dan sebelum ini KDYMM Sultan Selangor yang dengan tegas mengingatkan semua pihak supaya jangan lagi mempertikai status Agama Islam dan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Hak ini mempunyai kisah perjuangan yang panjang dan mendapat penghktirafan sehingga termaktub dalam Perlembagaan Negara dan di lindungi oleh Akta Hasutan.
Selama ini PERKASA di hentam,di kritik dan Saya sendiri selaku Presiden PERKASA pernah di cemuh,di hina sebegitu rupa oleh gulongan tertentu termasuk kumpulan Melayu Liberal.Nah! sekarang saya mahu melihat siapa yang berani mencabar,mempertikai dan menghina Titah Baginda Sultan.
Jangan selindung di sebalik nama samaran atau laman Blog percuma dan web yang di daftar di luar negara dengan nama palsu.
PERKASA juga berharap KDYMM Tuanku bukan saja bertitah supaya tidak ada pihak yang pertikai perkara ini,Tetapi Raja Raja Melayu juga hendaklah tegas bagi memastikan Hak Hak orang MElayu @ Bumiputra dalam Perlembagaan hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan dan tidak terpesong oleh sebarang dasar atas apa jua alasan.
Ini lah perjuangan PERKASA selama ini, Gema Melayu di Perhimpunan UMNO baru baru ini janganlah retorik semata mata.
Sudah banyak Tembuk Dasar Pelajaran Kebangsaan telah di runtuhkan kerana mainan dan kepentingan politik dengan mengenepikan Kepentingan Nasional serta semangat Perjuangan Kemerdekaan dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan