KUALA LUMPUR, 3 Nov - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin menyifatkan isu Ketuanan Melayu yang diputarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu taktik Anwar bagi memutarbelit keadaan untuk menutup isu Ketuanan Anwar dalam parti itu.
Tegasnya Anwar terpaksa melakukan putar belit ini bagi mengalihkan isu Ketuanan Anwar dalam PKR yang mana tembelang kehanyirannya sudah pecah dihidu rakyat.
“Sudah menjadi pengetahuan umum betapa banyaknya aduan dan komplen oleh para calon, kepimpinan, cabang dan ahli akar umbi PKR mengenai manipulasi, penipuan, pembohongan dan penyelewengan proses pemilihan PKR baru-baru ini semata-mata untuk memastikan Dinasti 3A terus menguasai PKR dan pakatan pembangkang. Konspirasi untuk melahirkan dinasti baru Ketuanan Anwar.
“Dan apabila tembelang busuknya pecah hanyir, Anwar cuba mengalihkan tekanan dengan memainkan isu lain, isu Ketuanan Melayu”, katanya dalam entri terbaru blog beliau.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berharap agar semua pihak tidak termakan isu Ketuanan Melayu ini yang merupakan helah Anwar untuk mengalihkan isu tembelang hanyir yang pecah semasa proses pemilihan PKR baru-baru ini.
Jelas beliau lagi turut mendapat maklumat ramai kepimpinan dan ahli PKR turut terkedu apabila membaca teks ucapan Presiden, Datin Seri Wan Azizah baru-baru ini.
“Dengar kisahnya teks itu disediakan oleh rakan rapat penyembah Anwar. Dan apabila sang isteri yang taat membaca teks tersebut dan bila tiba peringkat “mempertuhankan Anwar”, ramai yang terkedu dan terkejut.
‘Wan Azizah teman tak tahulah samada dia sendiri terkedu atau terkejut. Yang teman tahu, Wan Azizah memang cukup tahu banyak rahsia Anwar. Teman takde lah nak dedahkan apa yang pernah Wan Azizah cerita kat teman.
“Tapi teman heran Wan Azizah boleh mengaku Anwar anugerah tuhan. Samada Wan Azizah main baca teks sahaja ke, atau tengah mengigau, atau terperangkap dengan teks itu, atau memang Wan Azizah sendiri memang percaya, wallahua’lam. Cuma bila mengingatkan apa yang Wan Azizah pernah cerita dan cakap sendiri teman boleh senyum sumbing je lah yop!”, ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan