Bab 1: Mukadimah
Dulu orang Melayu cukup fobia dengan DAP. Fobia ini bukannya dibuat-buat, tetapi kerana pendirian DAP dalam konteks masyarakat Malaysia.
DAP tidak setuju dengan acuan Malaysia di bawah BN yang memberi keistimewaan kepada agama Islam dan Bangsa Melayu. DAP tidak setuju dengan kepimpinan Kerajaan dan institusi-institusi penting diterajui oleh orang Melayu, dengan orang Melayu diberi keutamaan dalam banyak bidang, contohnya
- kuota diskaun wajib bagi pembelian rumah baru,
- kuota pemilikan saham dalam syarikat Berhad,
- pemberian biasiswa kepada anak-anak Melayu lebih kepada anak-anak bukan Melayu
- peluang pendidikan sekolah-sekolah berasrama dan universiti kepada anak-anak Melayu lebih kepada anak-anak bukan Melayu, dengan adanya MCKK, STAR, SDAR, TKC, Sekolah-Sekolah Menengah Sains, MRSM, UiTM dan sebagainya
- pemberian kawasan pembinaan Masjid dan Surau serta pemberian lebih duit kerajaan kepada pembinaan Masjid dan Surau berbanding dengan kuil, tokong dan gereja,
- pemberian peluang-peluang perniagaan kecil (penjaja), bantuan perniagaan sokongan seperti pinjaman, subsidi dan geran (penjaja, peniaga kecil, peniaga sederhana) dan penganugerahan kontrak kerajaan (kontraktor kelas A hingga F)
Ini semua keutamaan yang diberi kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal Negeri-Negeri Melayu yang diperintah Sultan-Sultan Melayu sejak Malaysia belum wujud, sejak British belum datang, ketika yang ada cuma Negeri-Negeri berasingan yang diketuai Sultan dan pentadbiran Negeri masing-masing.
Tapi sekarang ramai orang Islam dan Melayu tidak fobia lagi dengan DAP. Malah kebanyakan orang Islam dan Melayu yang menyokong PAS dan PKR menjamakkan sokongan mereka pada DAP juga. Yang anehnya sokongan ini seolah-olah tiada had, tidak ada syarat, dan tidak ada batas.
Ekuasi matematiknya begini;
PKR = PAS = DAP
Bagi mereka, DAP sudah berubah. Bagi mereka, Ahli-ahli DAP baik dan UMNO lebih wajar diperangi. Bagi mereka, pemimpin-pemimpin DAP sehingga layak dicium tangan, bebas keluar masuk Surau dan Masjid, bebas menggunakan Kalimah Allah untuk sembahan mereka dan malah layak disamakan dengan Khalifah terulung zaman keagungan Islam (Lim Guan Eng disamakan dengan Khalifah Umar ibnu Aziz). Lupakah ahli dan pemimpin PAS yang meng’idola’ Lim Guan Eng bahawa keadilan wujud dalam diri Khalifah Umar kerana roh Islamnya? Sudah buta kah?
Apa benarkah DAP sudah berubah? Apa benarkah mereka sudah tidak lagi memerangi Islam dan pendekatan negara Malaysia yang memberi beberapa keutamaan kepada orang Melayu?
Selepas menang PRU-12, kita lihat apa yang dibuat oleh DAP.
Selepas menang 5 Negeri di PRU-12, beginilah cara sambutan kononnya si khalipah DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan