salam

Khamis, Januari 06, 2011

SEJARAH 500 TAHUN BERULANG KEMBALI


Kita sedia maklum bahawa Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang luasnya sehingga ke Sumatra dan kepulauan Riau sehingga ke Sulawesi  yang dikenali sebagai Nusantara. Melaka menjadi terkenal sebagai sebuah pelabuhan yang menghubungkan dunia barat dan timur.
Kemewahan dan kemakmuran Melaka menarik perhatian kuasa besar dunia ketika itu. Raja Portugis  amat berminat dengan Empayar Melaka dan telah beberapa kali menyerang untuk menawan Melaka. mengikut seorang Profesor tidak kirang 7 cubaan untuk menawan Melaka dan akhirnya dengan bantuan jong-jong saudagar China dan India,  Melaka berjaya ditakluki  pada tahun 1511.
Hari ini genap 500 tahun peristiwa itu, Ia menyebabkan Melaka kehilangan Institusi Raja hingga ke hari ini.  Selepas  hampir 500 tahun juga Melaka telah kembali menjadi sebuah negeri yang maju pada tahun lepas, walaupun saiznya sekangkang kera berbanding di zaman kegemilangannya.

Walaupun telah dinobatkan sebagai negari maju , masih banyak yang perlu dinilai dan dikaji kembali. Kita biasa mendengar gurauan orang Malaka sendiri yang menyatakan Melaka mana ada nama Melayu lagi semua dah jadi milik pedagang. Ada bukit menjadi Bukit Cina, ada tanjung menjadi Tanjung Kling, Ada durian pun hanya sebatang saja. Bandar Melaka milik Dap kekal abadi. Kata seorang rakan , saya belum berbangga dengan pengiktirafan Melaka sebuah negeri maju, melayu masih belum menjadi tuan  sepenuhnya.
Tinggalkan cerita Melaka, sekarang kita fokus kepada Selangor, sebuah negeri yang cukup maju. Maju Selangor kerana Kuala Lumpur. Tanggal 1 Februari 1973, Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan Selangor terpaksa diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Berlinang air mata Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah sewaktu menanda tangani surat penyerahan itu, RTM menyiarkan peristiwa itu secara langsung ke kaca televisyen. Demi kemajuan bangsa dan negara Selangor merelakan 94 batu persegi tanah miliknya dilepaskan. Bagaimanapun , selepas 51 tahun merdeka dan maju dibawah UMNO BN Selangor jatuh ketangan pembangkang kerana wujudnya Mendeliar dan  Kitol yang belot dan memuka pintu kepada musuh. Runtuh sebuah kerajaan yang terlalu banyak jasa kepada rakyat.

Musuh bermaharajalela, negara rosak , punah ranah , rakyat hidup tidak ketentuan, Kudeta menjadi mabuk dengan harta rampasan. Dua tahun berlalu  peti memanda bendahara semakin kering dan semakin ringan. Hanya yang tinggal ialah gendang-gendang yang riuh dipalu kesana kesini kononnya negara makmur.
Hari ini juga selepas 500 tahun Kesultanan Melayu Selangor cuba dihapuskan dengan cara halus dan teratur, Jika Melayu tidak sedar dan tidak bangun menentang,  Istana Kesultanan Selangor akan menjadi hanya sebuah galeri seperti mana yang terjadi kepada kesultanan Singapora yang kini menjadi pelarian di Kuala Lumpur kerana di halau dari bumi sediri.
Ingatlah 500 tahun sejarah cuba diulang kembali, cuma bukan Portugis tetapi tangan-tangan lain atau jin setan mata satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS