salam

Isnin, Januari 31, 2011

Undi Cina Merosot ?????

AWANG ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Tenang dan Labis yang bijaksana memberi kemenangan kepada parti yang sudah terbukti cemerlang perkhidmatannya selama ini.

Bagi calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim, pesanan kita ialah berkhidmatlah dengan cemerlang sebagaimana bertungkus-lumusnya saudara semasa berkempen.

Jadikanlah kudrat berkempen itu sebagai semangat untuk menjadi Wakil Rakyat yang baik dan mesra.

Mulai sekarang, 24 jam masa saudara adalah untuk rakyat. Dalam keadaan rakyat semakin terkeliru dengan pelbagai dakyah pembangkang - saudara dan wakil-wakil rakyat yang lain harus menjadi juara atau champion kepada rakyat.


Awang juga menyarankan BN membuat analisis terperinci bagi mengenal pasti siapa yang tidak menyokong mereka dalam pilihan raya kecil itu. Tujuannya ialah bagi membolehkan Azahar dan jenteranya bertemu kumpulan itu dan terus merayu supaya mereka kembali kepada BN.

Menurut maklumat, undi masyarakat Cina terus merosot.

Awang berpendapat jangan sisihkan kumpulan yang tidak menyokong itu. Terus dekati mereka kerana dengan cara itu diharapkan hati mereka akan terbuka. Ingat pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

Kepada penyokong dan pengundi saudara Azahar, balaslah budi mereka. Hati mereka harus terus dijagai. Kebajikan mereka harus sentiasa diambil berat. Buatlah kenduri kesyukuran di kawasan- kawasan mereka sebagai tanda terima kasih.

Akhir sekali, Awang berharap semua pihak menadah tangan kesyukuran di atas kemenangan itu. Tanpa kehendak dan izinNya, kemenangan itu tidak akan tercapai. Hanya yang ikhlas akan menang.

Awang - Sentiasa bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS