salam

Ahad, Januari 16, 2011

Yuran sekolah perlu dimansuhkan - GMPP

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika.

"Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS