
Asyik beraya, macam2 berita yang GT tak sempat nak follow. Namun, GT ingin menyentuh tentang isu PERKASA vs pemimpin2 UMNO yg menolak kewujudan PERKASA. Mengapa berlaku perkara ini sedang matlamat dan tujuan dua organisasi ini boleh GT katakan adalah sama.
Kelahiran Perkasa juga bukan sebagai parti politik, oleh itu, ia bukanlah saingan pada Umno. Perkasa dizahirkan kerana ingin mengekalkan perlembagaan, iaitu agama, bangsa dan negara yang mana pada hari ini sedang dipermainkan oleh kambing2 Fuckatan. Mgkin ada pemimpin Umno yg rasa terhina bila Perkasa muncul, kerana mengambil alih tugas mereka atau cuba menafikan kewujudan Umno. Fikiran negatif ini harus dibuang sama sekali dari otak pemikiran pemimpin Umno. Cuba muhasabah diri sendiri, dimana silapnya diri itu dan kenapa orang Melayu sudah melihat Perkasa sebagai SEBUAH PERTUBUHAN YANG WAJIB DISERTAI. Lihat kembali pada sejarah, bagaimana penyatuan NGO melayu membawa kepada penubuhan PEKEMBAR.





