
DUBAI: Mahkamah rayuan Dubai semalam membebaskan seorang imam masjid atas dakwaan menggoda wanita supaya menjalinkan hubungan seks tetapi menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki gambar bogel dengan menggunakan telefon bimbit BlackBerry.
Hakim Mahkamah Rayuan, Eisa Al Sharif menggugurkan hukuman setahun penjara dan membebaskan imam Mesir berusia 35 tahun itu kerana menggoda wanita dan memujuk mereka melakukan hubungan seks dengannya menggunakan satu daripada perkhidmatan telekomunikasi telefon itu.
“Mahkamah, bagaimanapun, memenjarakan tertuduh, S M selama sebulan berikutan kesalahan memiliki bahan lucah. Gambar bogel terbabit akan dirampas,” kata Hakim Al Sharif di kamar mahkamah.