salam

Jumaat, Disember 03, 2010

Nafi Ketuanan Melayu Perbuatan Jenayah


KUALA LUMPUR, 2 Dis – Datuk Ibrahim Ali mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu “jenayah” kepada orang Melayu.
Presiden Perkasa ini (gambar) juga menegaskan “Ketuanan Melayu” konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah “Ketuanan Melayu” hanya dicipta ketika 1980-an.
“Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit, ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah ‘Tuan’ Tanah Melayu.
“Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan ‘Tuan dan hamba’,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan yang dilihat merujuk kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak harus apologetik jika menekankan keperluan ataupun menggalakkan penggunaan ungkapan “Ketuanan Melayu”.
“Kita tidak harus apologetik dengan usaha menyebarkan slogan Ketuanan Melayu ataupun dianggap sebagai tanda kelemahan orang Melayu. Kita harus menerima kefahaman dan semangat (konsep) Ketuanan Melayu untuk bergerak ke depan demi perubahan dan mencapai kemajuan dengan penuh maruah dalam semua arena.
“Kita ada satu matlamat dan matlamat kita dijustifikasikan kerana ini adalah Tanah Melayu kita.
“(Tindakan) mengetepikan Ketuanan Melayu adalah satu jenayah dan mempolitikkan (ungkapan itu) adalah satu jenayah kepada bangsa Melayu dan kewujudannya dalam evolusi sejarah orang Melayu kita dan nilai-nilai baik Islam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS