salam

Jumaat, Disember 03, 2010

Perlembagaan PERKASA

FASAL 1 – NAMA

1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau ringkasnya Perkasa.
2) Definasi ‘Peribumi’ – Bangsa Melayu dan Bumiputera Melayu dan Bumiputera Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selepas itu disebut “Pertubuhan”

FASAL 2 – TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah:

808, Tingkat 8, Grand Season Avenue,
72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.

FASAL 3 – BENDERA, LAMBANG, LENCANA DAN MOTTO

1) Motto Pertubuhan ini adalah “Pertubuhan Perkasa Negara”.
2) Lambang – seperti di Lampiran A’ di akhir Perlembagaan ini.

FASAL 4 – TUJUAN DAN MATLAMAT

1) Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan
2) Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
3) Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
4) Mempertahankan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu
5) Memperkasakan Kaum Peribumi
6) Mempertahankan Kedaulatan Negara

FASAL 5 – KEAHLIAN

1) Terbuka kepada semua rakyat Pribumi yang berumur 18 tahun ke atas dan Berbangsa Melayu dan Bumiputera.

2) Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli Perkasa perlu mengisi borang rasmi Perkasa dengan disokong oleh seorang orang ahli Perkasa yang sah dan dihantar kepada wakil-wakil yang dilantik atau terus ke Setiausaha Kehormat Penyelaras Negeri yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Pejabat Setiausaha Agung dengan secepat mungkin bagi dibawa kepada Jawatankuasa Pertubuhan untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3) Permohonan juga boleh terus menghantar borang permohonan menjadi ahli kepada Pejabat Pertubuhan Pusat dan pihak pengurusan Pusat boleh menentukan permohonan itu diletakan di bawah penyelarasan Negeri mengikut alamat tempat tinggal yang tercatit dalam borang pemohon.

FASAL 6 – BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

1) Sekali bayaran yuran sahaja untuk seumur hidup dikenakan sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) setiap seorang yang mahu menjadi ahli Pertubuhan ini.

2) Setiap ahli yang diterima semula menjadi ahli setelah digugurkan keahlian sebelumnya, perlu membayar yuran masuk yang baru sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).

3) Sumbangan ikhlas wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa Pertubuhan.

FASAL 7 – PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1) Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli Pertubuhan ini hendaklah memberi kenyataan bertulis kepada Setiausaha. Ahli tersebut masih lagi sah sebagai ahli Pertubuhan ini sehingga Jawatankuasa mengesahkan pemberhentian keahliannya.

2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum pemecatan atau penggantungan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk merayu dalam tempoh empat belas (14) hari setelah menerima surat pemecatan atau penggantungannya. Jawatankuasa boleh menimbang apa juga keputusan dari rayuan itu.

FASAL 8 – MESYUARAT AGUNG

1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuiarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3) Mesyuarat Agung Taunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin seteah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak ewat daripada 30hb. Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

a. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun itu;

b. Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

c. Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalannya, ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tiga (3) tahun yang akan datang; dan

d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu;

4) Setiausaha Agung hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli yang telah dipilih mewakili Negeri sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan serta satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertuuhan bagi tahun yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5) Ahli-ahli yang layak hadir dalam mesyuarat agung adalah ahli-ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Khas Tahunan Negeri yang perlu diadakan setiap tahun sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan. Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Negeri sedia ada layak hadir.

6) Mesyuarat Agung Tahunan boleh ditunda:

a. tidak lebih enam (6) bulan dari tarikh akhir perlu diadakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan persetujuan Jawatankuasa.
b. semua ahli baru yang telah disahkan keahlian semasa tempoh penundaan, layak hadir dan mempunyai hak penuh sebagai ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan itu.

7) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b. atas permintaan tidak kurang lapan (8) Negeri dengan bertulis beserta cadangan usul kepada Setiausaha Agung.

8) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh Negeri-Negeri hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh empat puluh lima (45) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
9) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli yang telah dipilih mewakili Negeri ke Mesyuarat Agung Pertubuhan sebelumnya, sekurang-kurang empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

10) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan Negeri-Negeri itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan Negeri-Negeri dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

11) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 – JAWATANKUASA

1) Satu Jawatankuasa sepereti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

a. Seorang Pengerusi Tetap;

b. Seorang Timbalan Pengerusi Tetap;

c. Seorang Presiden;

d. Seorang Timbalan Presiden;

e. 5 orang Naib Presiden termasuk seorang dari Sabah dan seorang dari Sarawak;

f. 15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa;

g. 2 orang Pemeriksa Kira-Kira. Jika didapati tiada wakil dari Negeri Sabah dan Sarawak yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk dipilih, maka berkuasalah Jawatankuasa yang dipilih melantik sesiapa dikalangan ahli seorang dari Sabah dan seorang dari Sarawak untuk memegang jawatan Naib Presiden.

2) Presiden diberi kuasa untuk melantik seorang Setiausaha Agung, seorang Penolong Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, seorang Ketua Wiranita, seorang Ketua Wira, seorang Ketua Wirawati dan tambahan lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Biasa dari kalangan ahli-ahli Pertubuhan.

3) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera Warganegara Malaysia.

4) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap tiga (3) tahun.

5) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan dalam mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

6) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada biangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

7) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya sepeerti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

c. Sekiranya persetujuan sama banyak dengan tidak bersetuju, Presiden boleh membuat pilihan samada perkara itu diterima atau ditolak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

8) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

9) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

10) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-Pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

FASAL 10 – KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1) Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

2) Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

3) Naib-Naib Presiden hendaklah membantu tugasan/urusan Presiden dan Timbalan Presiden.

4) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjajan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

5) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. Penolong Setiausaha hendaklah hadir pada mesyuarat Jawatankuasa dan mempunyai kuasa sepertimana Ahli Jawatankuasa.

6) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketetapannya.

7) Ketua Penerangan adalah bertanggungjawab atas urusan penerangan Pertubuhan dan berhubung dengan media masa.

8) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

9) Ketua Wiranita adalah bertanggungjawab atas menyelaraskan perihal dan aktiviti-aktiviti ahli-ahli dari golongan wanita.

10) Ketua Wira adalah bertanggungjawab atas menyelaraskan perihal dan aktiviti-aktiviti ahli muda dari golongan lelaki usia dibawah 40 tahun.

11) Ketua Wirawati adalah bertanggungjawab atas menyelaraskan perihal dan aktiviti-aktiviti ahli muda dari golongan wanita usia dibawah 40 tahun.

12) Pengerusi Tetap dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. Ia mempunyai undi pemutus.

13) Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah memangku jawatan Pengerusi Tetap semasa ketiadaannya. Ia berkuasa sepertimana Pengerusi Tetap ketika menjalankan tugas.

14) Jika kedua-dua Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak mampu menjalankan tugasnya, ahli-ahli yang hadir boleh melantik untuk sementara seorang daripada mereka untuk menjalankan tugas Pengerusi Tetap.

FASAL 11 – PENUBUHAN SAYAP-SAYAP

1) Dengan memudahkan Pertubuhan ini mengendalikan ahli-ahli dari pelbagai peringkat golongan dan umur serta jantina, Jawatankuasa boleh meluluskan pembentukan sayap-sayap yang mewakili peringkat golongan ini.

2) Sayap-sayap ini diberi gelaran:

a. Wiranita Perkasa

b. Wira Perkasa

c. Wirawati Perkasa

3) Dengan mengikut had umur, setiap ahli Pertubuhan ini secara langsungnya di gelar mengikut sayap-sayap Pertubuhan dengan peringkat umurnya:

a. Wiranita – semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas adalah digelar Wanita Perkasa.

b. Wira – Semua lelaki yang berumur di bawah 40 tahun digelar Wira Perkasa walau bagaimanapun Ketua Wira Pusat boleh berumur tidak lebih 45 tahun.

c. Wirawati – Semua wanita yang berumur dibawah 40 tahun digelar Wirawati Perkasa.

d. Kesemua Ketua-Ketua Sayap ini dilantik oleh Presiden dan boleh menjadi ketua sayap selagi dikehendaki oleh Presiden dan had umur yang dibenarkan dengan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan.

e. Semua Ketua-Ketua Sayap boleh melantik di kalangan ahli yang sah seramai tidak lebih 18 orang untuk menganggotai Jawatankuasanya termasuk Ketua itu sendiri, seorang Naib Ketua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Ketua Penerangan dan 13 orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang semuanya telah disahkan sebagai ahli Pertubuhan ini.

f. Sayap-Sayap ini tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan walau bagaimanapun mesyuarat Jawatankuasanya sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan perlu diadakan.

g. Semua keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Sayap hendaklah dari suara majoriti yang hadir.

h. Ketua setiap Sayap berkuasa menggugurkan mana-mana ahli Jawatankuasanya jika difikirkan munasabah bagainya dengan sekurang-kurangnya telah sekali surat amaran telah diberikan kepadanya.

i. Y.D.P Negeri berkuasa melantik dikalangan ahli yang sah untuk menggantikan mana-mana Ahli Jawatankuasanya yang jika meletak jawatan atau digugurkan dengan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasanya.

j. Semua Ahli Jawatankuasa Wanita Perkasa, Wira Perkasa dan Wirawati Perkasa layak menghadiri dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan.

FASAL 12 – PENYELARAS NEGERI-NEGERI

1) Bagi memudhkan pergerakan agenda Pertubuhan dengan lebih kemas dan ekfisen, Jawatankuasa Pusat boleh mengwujudkan Jawatankuasa Penyelaras Negeri dengan melantik seorang Yang Di Pertua Perkasa Negeri (Y.D.P Negeri).

2) Setiap Y.D.P Negeri berkuasa melantik dikalangan ahli yang sah Pertubuhan ini yang beralamat di Negeri itu untuk menganggotai Jawatankuasanya seramai tidak lebih dua puluh satu (21) orang termasuk Y.D.P Negeri itu sendiri, seorang Timbalan Y.D.P Negeri, dua (2) orang Naib Y.D.P Negeri, seorang Setiausaha Kehormat, seorang Penolong Setiausaha Kehormat, seorang Bendahari Kehormat, seorang Ketua Penerangan, seorang Ketua Wiranita, seorang Ketua Wira, seoran Ketua Wirawati dan sepuluh (10) Ahli Jawatankuasa Biasa.

3) Y.D.P Negeri berkuasa menggugurkan seorang Ahli Jawatankuasa bila difikirkan perlu dengan telah sekurang-kurangnya sekali surat amaran disampaikan kepadanya terlebih dahulu.

4) Y.D.P Negeri berkuasa melantik dikalangan ahli yang sah untuk menggntikan mana-mana Ahli Jawatankuasanya yang jika meletak jawatan atau digugurkan dengan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasanya.

5) Y.D.P Negeri serta Jawatankuasanya hendaklah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan dengan menggunapakai peraturan mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

6) Sayap-Sayap Wiranita, Wira dan Wirawati Negeri berfungsi bersama peraturan-peraturan sepertimana Sayap-Sayap di Pusat.

7) Jawatankuasa Penyelaras Negeri kekal menduduki jawatannya selama tiga tahun sama seperti Jawatankuasa Pusat dan boleh dilantik semula atau digugurkan oleh Jawatankuasa Pusat. Tiada Mesyuarat Agung Tahunan bagi peringkat negeri.

8) Setiap Jawatankuasa Penyelaras Negei boleh mengwujudkan akaun bank dengan kuasa-kuasa keatas akuan bank itu mendapat mandat Jawatankuasa Penyelaras Negei dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat. Akuan bank ini adalah tanggungjawab sepenuhnya Jawatankuasa Negeri. Penyelaras Negeri perlu menghanta penyata kira-kira tahunannya kepada Bendahari Agung Pertubuhan dengan telah disahkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Khas Tahunan Negeri tidak lebih enam puluh (60) hari dari tarikh akhir tahun kewangan Pertubuhan.

9) Jawatankuasa Penyelaras Negeri hendaklah mengadakan Mesyuarat Khas Tahunan Negeri bagi memilih wakil seramai tidak lebih seratus (100) ahli ke Mesyuarat Agung Pertubuhan pada mana-mana tarikh di bulan Januari dan Februari setiap tahun.

10) Setiausaha Kehormat Negeri hendaklah menghantar notis kepada semua ahli-ahli yang telah terpilih ke Mesyuarat Khas Tahunan Negeri di bawah penyelarasannya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Khas Tahunan Negeri diadakan.

11) Setiausaha Kehormat Negeri hendaklah menghantar senarai penuh nama ahli-ahli yang terpilih ke Mesyuarat Agung Pertubuhan selewat-lewatnya empat belas (14) hari selepas Mesyuarat Khas Negeri diadakan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan.

12) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli yang layak atau dua kali ganda Ahli Jawatankuasa Penyelaras Negeri, hendaklah hadir di dalam Mesuarat Khas Tahunan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

13) Jika korum tidak cukup selepas setengah satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas stengah satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat.

FASAL 13 – PENYELARAS DARAH DAN PARLIMEN W. PERSEKUTUAN

1) Bagi memudahkan pergerakan agenda Pertubuhan dengan lebih kemas dan ekfisen, Jawatankuasa Penyelaras Negeri boleh mengwujudkan Jawatankuasa Penyelaras Daerah atau Kawasan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan (WP) dengan melantik seorang Pengerusinya di setiap Daerah / Parlimen di WP.

2) Setiap Pengerusi Daerah / Parlimen W.P berkuasa membentuk Jawatankuasanya dengan melantik seramai tidak lebih 18 orang yang telah menjadi ahli yang sah Pertubuhan ini yang beralamat di Daerah / Parlimen W.P itu dengan terdiri Pengerusi sendiri, seorang Timbalan Ketua, seorang Naib Ketua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Ketua Penerangan, seorang Ketua Wiranita, seorang Ketua Wira dan seorang Ketua Wiranita serta sembilan (9) Ahli Jawatankuasa Biasa.

3) Pengerusi Daerah / Parlimen W.P berkuasa menggugurkan seorang Ahli Jawatankuasanya dengan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasanya bila difikirkan perlu dengan telah sekurang-kurangnya sekali surat amaran disampaikan kepadanya terlebih dahulu.

4) Pengerusi Daerah / Parlimen W.P berkuasa melantik seorang dari ahli Pertubuhan ini yang sah dengan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasanya bagi mengganikan mana-mana Ahli Jawatankuasanya meletak jawatan atau digugurkan.

5) Pengerusi Daerah / Parlimen W.P serta Jawatankuasanya hendaklah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan dengan menggunapakai peraturan mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

6) Sayap-Sayap Wiranita, Wira dan Wirawati Daerah / Parlimen W.P berfungsi bersama peraturan-peraturan sepertimana Sayap-Sayap di Pusat.

7) Jawatankuasa Daerah / Parlimen W.P kekal menduduki Jawatankuasanya selama tiga tahun sama seperti Jawatankuasa Pusat dan boleh dilantik semula atau digugurkan oleh Jawatankuasa Negeri. Tiada Mesyuarat Agung Tahunan bagi peringkat negeri.

8) Setiap Jawatankuasa Penyelaras Daerah / Parlimen W.P boleh mengwujudkan akaun bank dengan kuasa-kuasa akaun bank itu mendapat mandat Jawatankuasa Penyelaras Negeri dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat. Akaun bank ini adalah tanggungjawab sepenuhnya Jawatankuasa Daerah / Parlimen W.P. Penyelaras Negeri perlu menghantar penyata kira-kira tahunannya kepada Bendahari Kehormat Negei dan Bendahari Agung Pertubuhan dengan telah disahkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri tidak lebih tiga puluh (30) hari dari tarikh akhir tahun kewangan Pertubuhan.

9) Jawatankuasa Penyelaras Daerah / Parlimen W.P hendaklah mengadakan Mesyuarat Khas Daaerah / Parlimen W.P bagi memilih wakil seramai tidak lebih lima puluh (50) ahli ke Mesyuarat Khas Tahunan Negeri pada mana-mana tarikh di bulan Februari setiap tahun.

10) Setiausaha Daerah hendaklah menghantar notis kepada semua ahli-ahli dibawah penyelarasannya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Khas Tahunan Daerah / Parlimen W.P

11) Setiausaha Daerah / Parlimen W.P hendaklah menghantar senarai penuh nama ahli-ahli yang terpilih ke Mesyuarat Khas Tahunan Negeri selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Khas Tahunan Daerah / Parlimen W.P diadakan kepada Setiausaha Kehormat Negeri.

12) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli di bawah penyelarasan Daerah / Parlimen W.P atau dua kali ganda Ahli Jawatankuasa Daerah / Parlimen W.P hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

Jika korum tidak cukup selepas setengah satu jam daripda waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat.

FASAL 14 – KEWANGAN

1) Tertaklum kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimana pun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang telah daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa, kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha dan Bendahari, maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai penggani untk menandatangani cek aau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM15,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM300,000 (Ringgit MalaysiaTiga Ratus Ribu Sahaja) tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan sebanyak RM15,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) dan kurang, bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik dibawah Fasal 15 undang-undang ini dengan seberapa segea setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman di tempat urusan Pertubuhan.

6) Sebarang kutipan wang sumbangan, bantuan dan tajaan melalui orang-orang awam dan pertubuhan lain hendaklah mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa berkenaan. Wang kutipan hendaklah dibelanjakan bagi tujuan perbelanjaan berhubung urusan Pertubuhan sahaja.

7) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 15 – PEMERIKSA KIRA-KIRA

1) Seorang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 16 – TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1) Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh membeikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 17 – PENASIHAT/PENAUNG

1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak untuk menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 18 – LARANGAN

1) Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semasa-mata pada nasib.

2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atau nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 19 – PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 21 – JAWATANKUASA KECIL, JAWATANKUASA TETAP, JAWATAN KUASA DISIPLIN, JAWATANKUASA TERTIB, MESYUARAT/PERHIMPUNAN DAN JAWATANKUASA KHAS

1) Jawatankuasa Kerja Pusat mempunyai kuasa membentuk.

3 ulasan:

  1. Mencadangkan supaya pindaan dibuat di Fasal 14 (4) - Kewangan mengenai perbelanjaan yang lebih dan perbelanjaan yang kurang.

    BalasPadam
  2. Perkasa harus memperkasakan kampung2. Bersama dgn penduduk.

    BalasPadam
  3. Perkasa harus memperkasakan kampung2. Bersama dgn penduduk.

    BalasPadam


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS